in ,

Mak Tiri Kejam Macam Mak Cinderella, Wujud Ke?

Sumber Gambar: http://nineteenfiftiesfashionista.blogspot.com

Haih! Mak tiri ni semua sama je macam dalam cerita Cinderella dengan drama-drama melayu pukul 7 petang tu, menyakitkan hati!

#lunagirls pernah dengar keluhan macam ni daripada kawan-kawan yang ada mak atau ayah tiri? Korang rasa takut? Sebenarnya, tak semua mak tiri macam tu tau.. ada yang baik cuma korang kena bagi peluang untuk tunjukkan kasih sayang dia kepada anak tirinya! Ada antara #Lunagirls yang ada atau bakal ada mak tiri tak lama lagi? Harini LUNARIA kongsikan antara tips macam mana nak ada hubungan yang baik dengan mak tiri!

HORMAT

via GIPHY

Mak tiri pun kita tetap kena hormat tau #Lunagirls! Sebab dia lebih tua daripada kita.. Walaupun mungkin hubungan antara korang dan mak tiri masih belum ada connection dan mungkin korang belum selesa untuk duduk bersama, tapi hormat kena ada okay? Bila rasa hormat tu ada, mesti lama-lama hati kita akan terbuka untuk berbaik dan selesa untuk berborak macam mak kita!

BERKELAKUAN BAIK

via GIPHY

Kalau kita tengok dalam drama setiap kali nak bercakap dengn mak tiri, ada yang terjerit-jerit, marah-marah lepas tu bergaduh.. #Boring! Apa kata kita cuba untuk berkelakuan baik dengan mak tiri kita! Memang akan awkward pada mulanya, tapi lama-lama korang akan terbiasa! Mula-mula mestilah malu-malu kucing.. Hehe!

LAKUKAN AKTIVITI BERSAMA

Sumber Gambar: https://classpass.com

Kalau #Lunagirls duduk sekali dengan mak tiri, apa kata korang lakukan aktiviti bersama-sama! Contohnya kemas rumah ke, memasak ke atau layan drama sama-sama? Masa inilah korang akan dapat kenal each other and mesti akan ada connection yang kuat! Alaa #Lunagirls, bila lagi kita nak manja-manja dengan mak tiri kita! Hihi!

LIHAT SUDUT POSITIF

via GIPHY

Setiap kali kita rasa takut bila dengar cerita pasal mak tiri orang lain, janganlah kita terbawa-bawa pada mak tiri kita. Sebab lain orang, lain perasaan dan takkan sama tau #Lunagirls! Jangan juga dengar cerita buruk mengenai mak tiri korang daripada orang luar, takut-takut orang luar tu yang cuba menjatuhkan family korang.. Kita cuba untuk bagi dia masa okay?

KENALINYA SECARA PERIBADI

Sumber Gambar: https://middleearthnj.wordpress.com

Ha! Kebanyakan orang terus judge mak tiri mereka jahat, padahal belum jumpa pun lagi. Tapi untuk #Lunagirls, apa kata bagi mak tiri korang masa untuk mengenali korang dan korang mengenali dia! Tak salah pun okay, kalau semua baik kan aman, tak ada gaduh-gaduh.. Best tau bila ada orang yang kita boleh kita kongsi cerita ni!

LUNARIA faham tak mudah untuk menerima mak tiri dalam kehidupan kita, tapi kita sebagai anak janganlah sesekali terus membenci tanpa mengenali okay? Bagi mak tiri korang masa untuk masuk ke dalam family korang dan memberi kehidupan yang baru. Satu lagi #Lunagirls tak semua mak tiri, jahat ya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Sayur, Buang Air Lebih Lancar!

Unnie So Cute! Trend Rambut K-Pop!