in ,

Majlis Raya Sekolah Dah Dekat, Apa Nak Pakai?

Sumber gambar: http://fesyenmoden.com/fesyen-baju-kurung-terkini-untuk-raya/

This week sekolah nak buat majlis raya! Nak pakai apa pula ni? Takkan nak pakai baju raya yang lip lap lip lap sapu lantai tu? Sayangnya nak pakai kasut tumit tinggi pergi sekolah, nanti mesti ramai gelakkan!

Ehh, tengah pening kepala ke tu girls? Relax okay, Ainaa ada untuk tolong korang! So, dah ada ke belum baju yang sesuai nak pakai pergi majlis raya sekolah minggu ni? Kalau tak tahu lagi nak pakai ada, meh baca sikit tips yang Ainaa nak share dekat korang ni…

JANGAN OVER

via GIPHY

Kalau baju raya korang tahun ni jenis kain lace daripada atas sampai bawah, tak masuk lebihan kain dekat belakang tu lagi, takkan nak pakai pergi sekolah? Tak sesuai sangat ya girls kalau pakai baju macam tu sebab kita kan nak ke sekolah. Takut nanti rosak pula baju mahal tu sebab terseret dekat jalan tar. Why not pakai baju raya kedua atau ketiga ke? Or else nak senang pakai je baju kurung jenis kain cotton, sejuk sikit kain tak ada la berpanasan dekat sekolah.

JANGAN SEKSI

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/256142297541044602/

 Oopps! kita kan nak ke sekolah takkan nak pakai pakaian seksi pula? Bukan setakat tak selesa tapi confirm rasa segan dengan orang keliling. Kalau baju raya korang tu jenis kain pario belah tengah, pakai la legging dekat dalam, at least tak ada la nampak betik korang yang putih melepak tu. Terkejut pengetua kalau nampak korang pakai macam tu. Hehe!

PEMILIHAN WARNA

via GIPHY

Pergi skeolah tapi pakai baju warna kuning diraja macam tengah nak bersanding dengan kahwin anak raja pula ya. No no no girls, jangan pakai warna macam tu sebab tak sesuai nak pakai waktu ke sekolah, takut nanti kena bahan dengan kawan-kawan je. Warna hitam? Lagi la kurang sesuai sebab nanti akan rasa panas! Tak semestinya kena pakai baju raya tahun ni je kan, maybe boleh pakai baju raya tahun lepas ke?

 SENANG BERGERAK

via GIPHY

Dah nama pun majlis raya dekat sekolah, mesti korang sendiri yang kena organize kan, takkan cikgu pula yang nak siapkan semua benda. Bukan tak boleh nak bergaya tapi kena beringat yang korang dekat sekolah, bukan dekat hotel so semua kerja korang sendiri yang kena buat dengan kawan-kawan yang lain. Pastikan baju yang korang pakai memudahkan pergerakan waktu nak buat kerja tu ya.

Lepas dah siap buat semua kerja untuk majlis raya tu, jangan lupa bergambar dengan kawan-kawan yang lain. Ehemm, jangan lupa juga selfie satu kali dengan crush tu. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Update Baru TikTok Nak Lawan Spotify?

Oh No! Kenapa Rambut Asyik Leper Ni?!