in ,

Main TikTok Pun Boleh Ancam Keselamatan Negara?

Sumber gambar: youtube.com/watch?v=pKJYZQH22G8

Biar betul TikTok boleh ancam negara? Bukan ada apa sangat pun, setakat menari gelek-gelek pun boleh memudaratkan negara?

Ada antara korang yang tak pernah main TikTok? LUNARIA yang before this tak minat main TikTok pun sekarang macam dah addicted dengan TikTok! Jangan lupa  follow account kami @lunariamy! Since a few years back, aplikasi TikTok semakin famous dalam kalangan remaja zaman sekarang sampai jadikan ia sebagai sumber pendapatan.

via GIPHY

Macam yang korang semua tahu, TikTok ialah satu apps buatan negara Tembok Besar China. Tapi baru-baru ini katanya TikTok dianggap sebagai mengancam keselamatan negara Amerika Syarikat. Woww, biar betul sampai macam itu sekali?

Disebabkan hal itu, senator di Parlimen Amerika Syarikat meminta beberapa pegawai risikan untuk buat siasatan sepenuhnya aplikasi TikTok demi keselamatan negara mereka.

Ada laporan dari Ubergizmo mengatakan bahawa pihak Amerika Syarikat rasa agak bimbang disebabkan ada beberapa fakta mengatakan yang TikTok dimiliki oleh ByteDance yang merupakan sebuah syarikat besar yang berpangkalan dekat China.

via GIPH

Disebabkan terdapat seramai 110 juta orang install apps terkenal ni, sebab itu mereka berwaspada kalau ada ancaman keselamatan negara. Tapi apa kaitannya dengan mengancam keselamatan negara? Actually semua ini disebabkan negara China ada undang-undang di mana mereka mengawal syarikat dengan mengerahkan data yang diminta oleh kerajaan China sendiri. Bunyinya agak complicated sikit sebab ia melibatkan keselamatan negara. At the same time ada kaitan dengan isu HUAWEI tak lama dulu.

Mujur syarikat TikTok sendiri menafikan dakwaan yang mereka terima. Menurut kata jurucakap TikTok, mereka ialah sebuah syarikat yang dipercayai dan bertanggungjawab di Amerika Syarikat termasuk mempunyai kerjasama dengan kongres Amerika Syarikat.

Fuhh nervous bila dengar pasal ini ia sampai melibatkan kongres negara dan keselamatan negara. Nasib baik ia hanya khabar angin sahaja. Takut juga kalau tak dapat nak main TikTok dah lepas ini, hehe! BTW jangan lupa tengok video baru LUNARIA tau! Kami ada buat video react to TikTok cringe! Enjoyyyy

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Orang ‘Rare’ Kita Perlu Minta Maaf Sebelum Masuk Exam

Pastikan Korang Tidak Tertinggal Barang Ini Sebelum Masuk Dewan Exam!