in ,

Main Game Pun Boleh Wakil Sukan SEA 2019? 😱😱

Sumber Gambar: https://www.youtube.com/

Eh! #Lunagirls korang tahu tak yang eSport akan bertanding dalam Sukan SEA 2019 di Filipina? Ya, bukan game Mobile Legend je tapi ada lima games lain yang akan bertanding tau! Seronoknya! Buat pertama kali dalam sejarah eSports diiktiraf menjadi salah satu acara yang dipertandingkan.. Ha! Tunggu apa lagi, jom check out senarai penuh games yang mungkin korang boleh wakil bertanding! Hihi!

ARENA OF VALOR

Sumber Gambar: https://www.destructoid.com

Adik kepada Mobile Legend ni pun akan ikut serta Sukan SEA kali ini. Permainan yang serupa dengan Mobile Legend iaitu 5 VS 5 multiplayer games, cuma berbeza hero dan juga skills.. Tak sangka ya, game MOBA sekarang pun dah diiktiraf. Siapa yang pro main game ni, boleh mula asah bakat korang sekarang!

TEKKEN 7

via GIPHY

Untuk PS4 pula, permainan video yang dipertandingkan adalah Tekken 7. Tekken 7 ialah fighthing game, 1vs1 games. Siapa hero yang korang suka guna dalam Tekken 7? Psst, lepas ni kalau mak kata kita asyik main game je, dah ada alasan nak wakil Malaysia untuk Sukan SEA! Hihi!

NBA 2K19

via GIPHY

Game untuk PS4 yang kedua pula adalah NBA 2K19! Game ini merupakan permainan video bola keranjang.. Kalau sebelum ni korang pernah wakil sekolah untuk bola keranjang, apa kata kali ini wakil Malaysia pula untuk sukan SEA? Eh girls pun boleh tau!

DOTA 2

via GIPHY

Manakala untuk PC game, macam biasalah Dota 2.. Dota ini memang semua tahu, sebab game ini memang dah kategori international. Kalau menang dapat hadiah lumayan! Silap-silap boleh belanja satu sekolah! Hihi..

STARCRAFT II

Sumber Gambar: https://www.denofgeek.com

Game kedua PC yang tercalon ialah Starcraft II! Lebih kurang sama macam Dota! Cuma berbeza game play.. Tapi game ni boleh bina castle, ala ala main Clash of Clans. Untuk game PC, Ummi tak berapa pro sangat.. Haha! Kalau ada #Lunagirls yang layan game ni, nanti sudi laa ajar Ummi okay?

Ini adalah antara games yang bakal dipertandingkan di Sukan SEA nanti.. tapi masih belum ada pencalonan lagi pasukan mana yang akan mewakili Malaysia. #Lunagirls dah boleh mula asah skills dan jaga stamina diri! Eh main game pun perlukan stamina yang kuat tau! Jom ajak family and friends pergi District 21 sementara SuperDeals ada promosi menarik ni! Alaa, sekali sekala keluarkan peluh.. penat tau duduk main game je! Hihi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai K-Idol Pernah ‘Gegarkan’ Malaysia!

Brush Makeup Paling Onz Untuk Beginner!