in ,

“Macam Orang Tak Betul Je Cakap Seorang Diri…” SALAH! Ini Kelebihan Self Talk!

Sumber gambar: www.pinterest.co.uk/kellianac

Untuk sesetengah orang, berkomunikasi, berinteraksi, bersosial adalah hal yang sangat mudah dan senang saja bagi mereka. Sudah tentu  dengan hal seperti ini secara tak langsung korang akan dapat menambah kenalan dan kawan dan selain itu mendapatkan hal-hal baru yang lebih positif. Akan tetapi, pernah tak korang cuba untuk berkomunikasi dengan diri sendiri atau lebih mudahnya self-talk?

Sumber gambar: pinterest

Self-talk ini adalah hal yang selalu terjadi kepada kita semua sama ada secara sedar atau tidak dan kalau korang perasan yang korang selalu cakap seorang diri itu pun boleh dinamakan self-talk juga tau! Tanpa kita sedar, sebenarnya diri kita selalu mempunyai inner voice yang mana selalu terjadi sewaktu kita menghadapi situasi yang tertentu seperti sewaktu peperiksaan, cuak, nervous, dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja, malah self-talk ini juga membantu korang untuk bertindak dan berfikir dengan cepat tau, lebih lagi kalau korang selalu mengatakan tentang hal-hal yang positif.

Sumber gambar: pinterest

Self-talk ini boleh jadi positif dan juga boleh jadi negatif, tergantung pada apa yang korang fikirkan. Jika korang fikir dan bercakap tentang diri korang perkara yang baik-baik, maka positif lah jadinya, tapi kalau negatif, maka buruk lah jadinya. Kadang-kadang, mesti korang perasan juga kan yang jika positif pun boleh jadi yang sebaliknya, akan tetapi korang janganlah terus putus asa dan why not korang anggap ia hikmah dan cuba untuk ubahnya jadi lebih baik lagi, setuju tak?

Sumber gambar: pinterest

Kalau korang nak tahu, self-talk ini boleh jadi apa yang korang fikirkan, instinct, gerak hari dan juga setiap apa yang korang ucapkan juga tau. Jangan pernah malu dengan self-talk dengan diri sendiri sebab itu adalah cara berkomunikasi yang terbaik dan korang juga akan peroleh kesan yang positif juga tau. Seterusnya, korang juga secara tidak langsung boleh melakukan self reflection dengan mendengarkan suara batin korang. Hmm, kita juga mesti kadang-kadang lebih percaya dengan kata hati kita jika nak dibandingkan dengan kata-kata orang lain, betul tak?

Sumber gambar: pinterest

Love yourself, be yourself and speak yourself! Hal ini juga boleh terapkan dalam minda korang untuk bentuk self-love dan motivasi diri. Hanya dengan cakap, “Saya cantik!”, “Saya boleh buat!”, “Saya pun boleh berjaya!”, “I’m precious” dan sebagainya, akan meningkatkan kepercayaan diri dan buatkan korang terhindar dari stress dan insecurities tau! Dengan sentiasa mindset self-talk yang positif, korang juga mesti akan terbiasa dengan gaya hidup yang positif juga tau! Mungkin dengan cara self-talk secara positif ini juga korang boleh melalui segala masalah hidup tanpa perlu ada kerisauan yang berlebihan dan mampu kendalikan ia dengan baik.

Sumber gambar: pinterest

Jadi, banyakkan lah self-talk secara positif pada diri sendiri dan jangan pernah rasa ia adalah sesuatu hal yang awkward, memalukan dan insecure pada diri sendiri sebab setiap manusia itu ada peluang dan kemampuan yang sama jika kita nak berusaha. So, cheer up okay! 

What do you think?

27 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bakal Ada Wayang Drive-In Pertama Di Malaysia

Senarai Restoran Buat Promosi, Ini Masanya Untuk Kita Serbu!