in ,

Macam Mana Nak Survive Flight Yang Lama?

Sumber Gambar: https://travelweekli.com

Dah puas termenung, badan pulak lenguh, tapi tak sampai-sampai lagi, boring nya.

Seronok kan kalau travel pergi luar negara macam Korea, London dan banyak lagi lah. Tapi bila travel ni mesti akan banyak habiskan masa dalam kapal terbang. Ummi faham mesti korang rasa bosan sebab lama sangatBagi yang akan terbang lebih dari 6 jam, Ummi ada suggestion untuk buat penerbangan korang lebih smooth dan selesa.

BAWA PEMANAS

Sumber Gambar: http://getlost.id

Ummi tak suruh pun korang bawa heater dekat rumah, tapi pemanas ni macam shawl panjang, sweater dan stokin. Selalunya, airline akan bagi complimentary blanket tapi just to be safe korang bawak je lebih. Sebab bila dalam flight, korang akan continuously kena aircon sepanjang perjalanan. Sebab tu Ummi suggest korang bawa barang-barang ni, baru la perjalanan korang lebih hangat dan selesa.

REFRESHER KIT

Sumber Gambar: https://www.ayewanderful.com/

Untuk mandi dalam toilet flight amat lah tidak digalakkan, bukan apa kalau korang mandi dalam tu mesti lama, penumpang lain pun nak guna juga. But instead, korang boleh bawa kit yang ada berus gigi, cleanser, losyen dan pewangi. Ala untuk nampak fresh sikit. So, before landing korang boleh lah bersiap terlebih dulu, sampai je nanti boleh terus boleh jalan-jalan. Badan bau tak apa, jangan mulut!

HAND SANITIZER

via GIPHY

Sentiasa sediakan hand sanitizer tak kisah la mana korang pergi. Lagi-lagi masa nak duduk dekat seat, lap-lap sikit takut la kot ada bakteria yang boleh berjangkit, tak pasal nanti kita pula yang sakit. Ye lah, seat yang kita duduk tu kan dah pernah duduk oleh berpuluh penumpang, ala tak salah pun kalau korang berjaga-jaga.

SNACK

via GIPHY

Bila korang berada dalam flight yang panjang dan sejuk, mesti akan rasa lapar. Nak tunggu meal lama lagi, sampai boleh nangis la katakan, hihi. Jadi Ummi suggest  korang bawa snack untuk mengunyah, cukuplah untuk alas perut, so tak lah perut korang masuk angin. Tapi jangan la pack banyak sangat, tak pasal kena tahan imigresen sebab diorang ingat korang nak jual atas flight, hihi.

Kan nak holiday, so make sure journey nak pergi destinasi nanti sama best macam bila dah sampai nanti. Ummi harap tips ni membantu serba sedikit bagi yang first time naik flight, tapi yang dah selalu travel tu, kongsi la dengan Ummi dan LUNARIA cara korang survive dalam flight yang panjang! BTW, have a safe flight, girls! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila SUPERHEROIN Menguasai Dunia Marvel & DC!

Yay Dah Boleh Filter Group Whatsapp!