in , ,

Macam Mana Nak Kenyang Sampai Petang Bila Tengah Puasa?

Sumber gambar: https://www.wikihow.com/Stop-Being-Hungry-Quickly

Bila puasa ni badan kita akan terima perubahan yang sangat drastik. Ye la, kalau sehari biasanya kita makan tiga ke lima kali tapi bila bulan puasa ni, kita hanya makan dua kali sehari. Sebab tu ada certain orang yang sakit perut, masuk angin dan bermacam lagi la. So, nak elakkan semua tu, kena la makan makanan yang buat boleh kita kenyang sepanjang hari..

JANGAN MAKAN MASIN

Sumber Gambar: https://www.supplybunny.com/

Kita ni orang melayu memang tak boleh nak lari dari makan makanan seperti telur masin, ikan masin. Lagi-lagi time sahur, nampak sedap je semua. Tapi kalau #Lunagirls nak tahu makanan yang masin ni boleh membuatkan badan korang cepat kering, ia akan menyerap air yang ada dalam badan. Sebab tu korang akan cepat rasa dahaga dan lapar.

KUNYAH HINGGA HANCUR

via GIPHY

Masa sahur, tolong la jangan layan sangat rasa nak tidur dan makan ala kadar. Takut siang nanti korang menyesal sebab tak makan betul-betul time sahur. Apa kata korang nikmati every bite yang korang makan tu supaya perut korang kenyang sampai la waktu berbuka. Lagipun tak best la makan laju-laju sebab nak kejarkan waktu tidur,

MAKAN KEKACANG

Sumber Gambar: https://www.maskulin.com.my/

Kekacang adalah gabungan nutrisi yang penuh, termasuk la protein, lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut korang lebih kenyang. Tak percaya? Cubalah makan kekacang seperti walnut, badam atau gajus semasa sahur, mesti korang tak terasa lapar. Thank me later, girls!

MINUM AIR SEBELUM / LEPAS MAKAN

via GIPHY

Mak mak suka cakap “tak elok makan bersulam air nanti perut buncit“, hihi. Jadi sebelum makan sahur, apa kata minum dulu segelas air putih before korang start makan, bukan air manis ya, sebab ia boleh menaikkan berat badan korang. Nak lagi elok kalau korang minum 2 gelas air putih, which is satu gelas before dan 1 gelas after makan. Baru la tak dahaga di siang hari.

LEBIHKAN BUAH-BUAHAN

Sumber Gambar: https://www.netmums.com

Bila puasa ni susah nak minum air lapan gelas sehari, jadi apa yang korang boleh buat ialah makan makanan yang ada kadar air yang tinggi macam buah-buahan. Lagipun buah ni ada vitamin dan nutrisi yang baik untuk kesihatan kita, especially bulan puasa ni akan cepat lapar, penat dan lesu. Kalau boleh setiap kali berbuka, makan buah dulu, tak kisah la buah apa pun. Baru la korang kekal hidrasi dan dan tak cepat lapar.

Hm! Korang kena cuba tips ni girls! Sebab tips ni akan membantu korang dalam menghadapi hari puasa yang mencabar. Tambah pula dengan cuaca panas sekarang ni, fuh! Dugaan betul..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Parodi #PrayWithLove Viral Sebab Makciks Menari!

Best Moment Of Avengers: EndGame #SpoilerAlert