in ,

Lupa Ada Homework Apa? Cuba Cara Ini…

Sumber gambar: lelakidarigunung

OMG! Sekolah dah nak buka, kerja sekolah tak siap lagi ni. Habis la kena bising dengan cikgu nanti, confirm kena denda ni.

Ehemm, kerja sekolah tak siap lagi ni salah siapa ya agak-agak? Mesti la salah korang sendiri sebab tak siapkan waktu ada banyak masa haritu kan? Kesian cikgu korang bagi kerja sekolah tapi student tak siapkan kerja. Mesti sedih kan mereka sebab korang sia-sia kan masa lapang tanpa buat kerja sekolah…

via GIPHY

Ha, cukup sedih tak agak-agak ayat Ainaa tu? Bukan apa since sekolah dah nak buka ni nampaknya masih ramai lagi yang tak berjaya menyiapkan kerja sekolah mereka. Alasan yang korang bagi ialah ‘tak ada mood, tak ada masa, malas nak buat, terlupa apa kerja sekolah yang ada’. Hmm part terlupa apa kerja sekolah ni yang paling tak best sebab tu kan tanggungjawab korang so korang kena ingat la kerja sekolah ya ada. Since ada yang ‘terlupa’, Ainaa ada cara yang korang boleh buat untuk ‘ingat’ semula semua kerja sekolah korang tu. Jom check it out

SCROLL SEMULA GROUP

via GIPHY

For those yang ada Whatsapp group atau Telegram group bersama dengan cikgu, korang boleh la scroll semula semua conversation korang dan check balik kerja sekolah apa yang cikgu korang pernah bagi. Itu pun kalau cikgu korang bagi dalam group, kalau bagi waktu tengah zoom meeting online class tu memang kirim salam la nak detect semula semua conversation korang. Tak kisah la kalau benda tu bermula since bulan March, korang tetap kena scroll balik supaya boleh siapkan semua kerja yang ada.

TANYA KAWAN

Hello FRIENDS I'VE been expecting you - I've been expecting you ...
Sumber gambar: Makeameme

Ini paling senang, korang tanya kawan-kawan korang yang lain. Nasib la kalau kena marah dengan kawan tu tapi nak buat macam mana dah itu memang salah korang sebab tak siapkan kerja kan. Lagi satu kalau kawan korang taknak bagitahu pun bukan salah mereka juga, itu salah korang sebab sendiri yang tak catit kerja yang ada. Jangan pula korang tanya dekat seorang kawan tu je, dalam kelas kan ada ramai orang. So kalau seorang taknak bagitahu, tanya je yang lain. At least kalau mereka tak bagitahu semua pun, bila korang bertanya dekat setiap seorang, mesti korang akan dapat tahu semua kerja yang ada melalui cara tu. Cuba dulu, baru tahu berkesan atau tidak cara ni.

TENGOK SEMULA BUKU NOTA

via GIPHY

Mana tahu rupa-rupanya korang ada catat kerja sekolah dekat mana-mana buku. Usaha untuk cari semula note yang korang dah tulis tu. Cari dekat setiap satu notes yang ada sebab kadang-kadang kita ni terlupa yang kita dah tulis satu benda tu tanpa disedari. Tak pun korang cuba flashback semula sewaktu online class, mungkin korang akan tertingat apa-apa yang terlintas di fikiran.

TANYA CIKGU, NASIB LA GENG

Asking for a Friend | Know Your Meme
Sumber gambar: Knowyourmeme

Assalamualaikum cikgu, boleh tak saya nak double confirm semula apa kerja sekolah yang cikgu dah bagi. Saya takut ada yang saya tertinggal nak siapkan pula.

Nak atau taknak, jalan terakhir yang korang boleh buat ialah tanya sendiri dekat cikgu korang. Kena marah, kena membebel itu nasib korang la sebab sendiri yang cari nahas kan. Cuma kalau nak selamat sikit korang buat-buat tanya dekat cikgu sebab nak double confirm supaya semua kerja korang siapkan walaupun sebenarnya korang langsung tak siapkan lagi. Korang boleh guna ayat Ainaa dekat atas tu, at least tak ada la terus kena marah kan. Kalau kena marah pun pandai-pandai korang la nak cover macam mana, hehe!

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk pelajar SPM, STPM, STAM dan exam penting yang lain bakal masuk ke sekolah. Make sure korang siapkan semua kerja sekolah sebelum 24 haribulan ni ya.

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Study Hacks Supaya Kita Tetap Ada Semangat Nak Belajar

Cuci Muka Harian Tak Cukup, Ini Cara Cuci Muka Mingguan Korang Kena Tahu!