in ,

Suka Tidur Meniarap? Watch Out Girls!

Sumber gambar: viralplots.com

Arghhh.. sedapnya baring meniarap….. posisi tidur paling best!

Selamat petang #Lunagirls! Haa! Siapa suka baring meniarap? Kalau tengok TV meniarap sambil angkat kaki dua dua, mula mak kita sound ‘Haip!’ Haha! Memang selesa tidur meniarap girls.. Tapi korang nak tahu tak sebenarnya tak elok untuk kita? Dari segi kajian saintifik, tidur meniarap akan menyebankan beberapa risiko kesihatan tau! Alamak!

SAKIT TULANG BELAKANG

Sumber gambar: mediskus.com

Orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk sakit belakang! Sebab tidur secara meniarap akan beri tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang tau.. Bila kita meniarap, berat badan kita akan fokus pada bahagian tengah tubuh je! Macam mana nak tahu tulang belakang kita sakit? Korang akan rasa kebas-kebas badan!

SAKIT LEHER

via GIPHY

Bila kita tidur meniarap, mesti kita telingkan kepala ke kiri atau kanan untuk bernafas.. Haa, jaga-jaga! Sebenarnya posisi ni akan beri tekanan kepada urat leher kita tau! Dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang kita.. #Lunagirls mungkin tak akan rasa sakit serta merta sebab kesannya di jangka masa yang panjang!

MASALAH JANTUNG

via GIPHY

Yup! Tidur meniarap akan jejaskan kesihatan jantung kita! Posisi meniarap akan akibatkan oksigen kurang sampai kepada bahagian jantung kita tau.. Jadi bila jantung kurang oksigen, kita akan mudah rasa sakit kepala, kegelisahan dan jantung terpaksa pam darah lebih laju! Kesian jantung kita tau..

GANGGUAN OTAK

via GIPHY

Otak juga memerlukan oksigen tau! So bila #Lunagirls meniarap, oksigen kurang sampai ke otak.. Otak yang alami kekurangan oksigen juga dikenali sebagai Hipoksia serebral! Kalau perkara ni terjadi, kita akan alami masalah fungsi otak, kerosakan sel-sel otak dan lain-lain lagi! Haa, bahayakan?

So #Lunagirls masih nak tidur meniarap lagi? Huhu! Seramkan dengar risiko kalau tidur posisi meniarap ni.. Kalau ada family member, kakak abang atau kawan-kawan korang suka buat macam ni, korang jangan lupa suruh mereka baca artikel LUNARIA ni okay! Lepas ni nak tidur posisi macam mana pula girls? Komen kat bawah jom!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haip! Jangan Sensitif Sangat Please!

Oppssie! Minat Artis Jangan Sampai Kecewa…