in ,

#Lunagirls Ponteng Perhimpunan, Panjat Pagar?

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=MRmhmjenZvY

Ehemm, lepas tengok title tu agak-agak apa la aktiviti ‘nakal’ yang korang pernah terfikir nak buat? Tak salah nak mencuba benda baru, tapi korang kena fikir kesan dan akibat in case korang teruskan plan nakal tu. Nak tahu tak apa plan nakal yang selalu teenagers teringin atau selalu buat? Check it out dekat bawah ni, tapi jangan pula korang jadikan as idea baru. Hehe!

PONTENG SEKOLAH

Sumber gambar: http://www.islamik.info/berita/dua-orang-pelajar-ponteng-sekolah/

Haippp! Kenapa nak ponteng sekolah ya? Jangan la ponteng sekolah sebab ikut kawan-kawan. Parents dah hantar kita ke sekolah, kenapa kita nak ponteng pula kan? Ada certain student ponteng sekolah melepak dekat cyber cafe, pusat snooker atau shopping mall atas alasan kononnya stress belajar. Stress macam mana sekali pun, jangan sesekali ponteng sekolah tau.

‘LEPAK’ DALAM MALL SAMPAI MALL TUTUP

Korang perasan tak baru-baru ni ada kes dua orang student lelaki kena tahan dengan pihak polis sebab ‘lepak’ dalam mall semalaman yang dikatakan terpengaruh dengan video dari negara Barat. Actually Ainaa pun teringin juga nak stay dalam mall seharian selepas waktu operasi, agaknya macam mana la rasa ‘bermalam’ dekat situ. Rasanya korang pun mesti terfikir nak buat kan? Tapi sayang, perkara tu salah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Apa kata kita try benda lain!

ALTER BAJU SEKOLAH

Sumber gambar: http://asramakustesma.blogspot.com/2008/10/fesyen-seluar-ketat.html

Yang lelaki pakai seluar sekolah style ‘cikang’, yang girls pula baju sekolah ikut potongan badan pakej kain sekolah senteng sampai nampak buku lali. No no no girls! Please jangan buat macam ni sebab korang bukan setakat buat benda nakal, tapi juga melanggar peraturan sekolah. Ibaratnya kalau korang buat fesyen macam tu dekat baju sekolah, korang seakan-akan memalukan nama sekolah sebab lencana sekolah tu kan dah terpacak dekat tudung/baju tu.

PONTENG PERHIMPUNAN

Sumber gambar: https://bawangputih.my/unsur-kreatif-inovatif-bakal-diterap-dalam-perhimpunan-mingguan-sekolah/

Tak dinafikan kalau perhimpunan rasmi sekolah memang makan masa berejam, lagi penat kalau kena berdiri sepanjang perhimpunan. Bila dah malas tu, confirm la korang akan ponteng perhimpunan dan menyorok dalam kelas kan? Baik mengaku cepat kalau korang pernah buat benda ni. Tapi korang mesti tahu kan yang perhimpunan pagi niΒ one of important things yang korang kena hadiri sebab waktu tu la segala pengumuman akan diberikan. So, kalau korang dah ponteng perhimpunan, macam mana nak tahu apa-apa update tentang aktiviti sekolah?

via GIPHY

Actually banyak lagi benda nakal bermain dalam fikiran Ainaa, which is ada yang sampai sekarang Ainaa tak dapat realisasikan. Hehe! Nakal sikit tak apa, at least boleh jadikan kenangan atau pengajaran sepanjang hidup. Tapi kalau nakal sangat sampai bawa keburukan, itu yang tak boleh tu. Korang ada benda nakal yang teringin nak buat? Jom komen dekat bawah ni…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Yay Dah Boleh Filter Group Whatsapp!

Kunyah 24 Jam Pun, Tak Gemuk!