in ,

Nak Cuba Bisnes Instagram? #Lunagirls Kena Tahu Tips Ini!

Sumber gambar: marketingland.com

via GIPHY

Zaman sekarang ni dah ramai teenagers ceburi bisnes online tak kira la dekat Instagram or Facebook sekali pun! Tak salah kalau #Lunagirls nak buat bisnes.. but still korang kena bijak bahagi masa antara pelajaran dan bisnes okay? Nak tahu tak how to make your business more successful? Cara-caranya ialah…

JANGAN PRIVATE ACCOUNT

via GIPHY

PERHATIAN! Jangan pernah private account business korang sebab nanti macam mana nak tarik buyers kalau akaun private? Sometimes ada buyers yang malas nak follow IG yang private, so dekat situ korang dah hilang buyers.. Lagi pun bila kita buat akaun kita jadi public, lebih mudah untuk reach followers!

PILIH HASHTAG YANG SESUAI

via GIPHY

Function hashtag ialah untuk memudahkan buyers untuk cari barang yang nak di beli. That’s why korang kena bijak pilih hashtag yang sesuai dengan barang jualan! Contohnya #sayajualbaju atau #BajuPrelovedAinaa.. Tapi girls, jangan pula masukkan hashtag nama artis yang langsung tak ada kena mengena dengan benda yang korang jual tu! Big no!

RAJIN UPDATE NEW POST

via GIPHY

Nak kejar buyers mesti la kena aktif promote barang kan? Korang kena rajin update and post gambar atau video berkaitan barang jualan supaya dapat tarik pelanggan! Boleh juga edit gambar dengan kreativiti sendiri supaya nampak lagi menarik.. Kalau nak jimat, minta tolong kawan-kawan sendiri jadi model photo shoot korang!! Hehe!

IKUT TREND

via GIPHY

Zaman sekarang trend sentiasa berubah-ubah sampai kadang-kadang tak terkejar! Dekat situ korang kena bijak jual barang yang tengah trending supaya dapat sambutan daripada buyers. Tu la salah satu tektik berjaya yang mudah untuk #Lunagirls!

Girls, kalau korang tengah nak mula buat bisnes kecil-kecilan, boleh je minta tolong kakak atau abang untuk uruskan social media waktu korang dekat sekolah! Boleh juga jadikan bisnes tu as family bisnes.. Selamat mencuba girls!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. ALL tips a really good😍but kadang2 susah juga nak reach followers ni so siapa nak buat bussiness online kena sbar and use this tip frok lunaria because its can help u a lots #LUNARIAGIRLS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

STOP! Jangan Kerap Korek Telinga Girls!

Capai Body Goals Dengan Menari!