in ,

#Lunagirls ARMY Baru? Jom Kenal Dengan BTS!

Sumber gambar: Vogue

Lagi berapa minggu je lagi ni konsert BTS: Love Yourself Tour in Bangkok… Korang dah ada tiket ke belum? Atau korang ialah salah seorang pemenang bertuah LUNARIA? Tunggu update daripada kami tau. Hmm, rasanya kalau korang memang ARMY since dulu mesti banyak selok belok tentang BTS yang korang dah tahu kan. Tapi for those ARMY yang baru ‘register’ tu maybe tengah nak ‘study’ tentang background BTS ni… Jom kita intai sikit background mereka sama-sama…

LAGU PERTAMA

As BTS ARMY, pertama sekali yang korang kena tahu ialah lagu debut BTS which is No More Dream pada tahun 2013 yang lepas. Album single pertama mereka pula ialah 2 Kool 4 Skool dan ia dijadikan sebagai titik permulaan untuk BTS terus kekalkan nama dalam dunia seni antarabangsa. Sebab tu la sekarang ni mereka cuba untuk hasilkan lagu dengan pelbagai genre.

CIPTA LAGU SENDIRI

Sumber gambar: Brilio

Kata orang kalau nak berjaya kena usaha sendiri. Sebab tu la ketujuh-tujuh ahli BTS ni lebih memilih untuk tulis lagu sendiri. Macam yang Ainaa cakap tadi, muzik BTS ada macam-macam genre sebab lagu ia  dihasilkan oleh orang yang berlainan. Pada awal karier, BTS banyak terlibat dalam genre hip-hop dan pernah muncul dalam reality show American Hustle Life pada 2014 yang lepas.

ARMY SUMBER KEKUATAN BTS

Tee ialah peminat setia BTS… Sumber gambar: Lunaria.com.my

Sebagai artis, fans ialah salah tulang belakang bagi mereka. Sebab tu Adorable Representative Of Modern Youth (ARMY) dah jadi salah satu fandom terbesar dekat dunia sampai dah pecah record, demi support their favorite boy band, BTS!  ‘Virus’ ARMY ni bukan je ada dekat Korea, tapi boleh dikatakan seluruh dunia termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. Weoowwww good job korang!

LIRIK LAGU BERMAKNA

Tak kisah la korang ni ARMY baru atau lama, mesti korang tahu yang setiap lirik lagu BTS ada maksud yang tersendiri dan ditujukan khas buat generasi muda. Pengajaran tentang erti kehidupan, percintaan, persahabatan dan kekeluargaan semuanya ditulis dalam lagu diorang. Dekat Korea, lagu BTS ni dah bantu ramai young generation dekat sana untuk terus tabah hadapi dugaan hidup. Aaaaaa so sweet Oppa! #Lunagirls ada ke yang jadikan lagu BTS sebagai inspiration?

Fuhh! Banyak juga perkara tentang BTS yang Ainaa baru tahu. Maybe after this Ainaa akan ‘korek’ lagi rahsia BTS ni since Ainaa baru ‘register’ jadi ARMY! Hehe! So girls, jangan lupa nantikan update daripada LUNARIA tentang tiket konsert BTS bulan depan tau! Kalau korang menang, boleh la kita jumpa dekat sana nanti! Tak sabarnya…

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Scarf Viral, Lebih Trend!

Mimpi Menjadi Kenyataan!