in ,

#LoveYourself Dan Belikan Hadiah Untuk Diri Sendiri!

Sumber gambar psychologynow.gr

Asyik beli hadiah orang je… Bila pula nak dapat hadiah dari orang? Hmm. Takpe! Jangan tunggu orang belikan untuk kita, biar kita beli sendiri #SayangiDiriSendiri Tapi nak beli apa eh?

CINCIN

Sumber gambar: PANDORA

Tak semestinya orang dewasa je boleh pakai cincin mahal. Hehe! Korang pun boleh, tak kisahlah cincin silver, emas, permata atau emas putih sekali pun. Make sureΒ kumpul duit dulu, baru rasa berbaloi dengan effort korang. Since dekat sekolah tak dibenarkan pakai barang kemas, korang boleh la pakai cincin tu waktu keluar dengan family waktu hujung minggu.

JAM TANGAN

Sumber gambar: Jewelry Bilds

Kata orang jam mahal pun kalau tak tepati masa tak berguna juga kan. Tapi for you girls, tak kisah la nak beli jam mahal atau murah sekali pun. Asalkan korang berpuas hati dengan jam tangan tu. Kalau ada brand jam yang korang nak sangat, boleh tunggu waktu sale! Confirm murah girls..

BACKPACKING

via GIPHY

Hari-hari jadual pack dengan kelas tuisyen, kerja sekolah, latihan sukan dan macam-macam lagi… Badan pun rasa penat sampai hujung minggu je mesti dah tak berdaya nak buat apa-apa aktiviti. Why not korang ajak abang atau kakak pergi travel backpacking mana-mana. Jangan kacau parents korang nak berehat hujung minggu. Hehe! DAEBOEK la kalau dapat spend time dengan siblings.

TIKET KONSERT

via GIPHY

Sekali seumur hidup kata orang, tak salah kalau spend tengok konsert. #Lunagirls boleh kumpul duit awal-awal kalau ada konsert favourite bias, terus beli tanpa fikir banyak!Β At least korang dah ada duit untuk beli tiket tanpa sentuh duit belanja. Girls, rasanya tahun ni ada banyak konsert bakal diadakan dekat Malaysia tau. So, korang boleh start menabung sekarang.

via GIPHY

Kadang-kadang tak salah untuk korang hargai diri sendiri. Asyik sibuk hargai orang lain sampai lupa diri sendiri. Especially untuk yang baru lepas exam besar! Korang dah buat yang terbaik, walau apa pun result korang. Ainaa harap korang dapat reward diri sendiri atas setiap kejayaan yang korang peroleh. Keep loving yourself ok? #VirtualHug <3

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Tiru Rambut Unnie Mana Ni?

Sebar Fake News Sampai Kena Tangkap Polis!