in ,

List Selebriti Jual Tudung! Jom Beli Untuk Raya Nanti

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah / Instagram Elfira Loy

Ehemm, berapa hari lagi nak raya ni ya? Dah boleh cari baju raya dekat online ke? Matching dengan tudung, handbag, kasut lepastu duduk dekat rumah je…

Hari ini dah masuk minggu kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan, so far ada yang dah ponteng puasa sebab tak bangun sahur ke tu? Aiip, jangan bagi alasan lapar sebab tak bangun sahur ya, korang mesti dah biasa puasa daripada kecil kan? Korang rasa nanti kita akan dapat beraya macam tahun sebelum ni tak? Atau pun bergaya pakai baju raya tetapi hanya duduk dirumah je?

Tak kisah la sama ada dapat beraya ke tidak, apa yang pasti baju raya tetap kena beli juga kan? Korang dah ada plan ke nak pakai baju tema warna apa? Jangan lupa beli tudung raya sekali ya. Dah alang-alang tu, apa kata kita usha sikit tudung keluaran selebriti Malaysia? Mana tahu boleh belikan untuk mak atau dijadikan sebagai tudung raya nanti? Check it out guys…

MIRA FILZAH

Gambar) Aduhh! Ayunya Mira Filzah Di Pentas Peragaan New York ...
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah

Mira Filzah ni bukan setakat jadi pelakon dan pengacara, tapi dai juga pernah mengeluarkan produk tudungnya sendiri. Waktu mula-mula Mira keluarkan tudung dibawah jenamanya sendiri, cepat je semua stock tudung sold out. Daripad tudung bawal sehingga la shawl. Semua sold out, maklum la waktu tu memang tengah trend tudung bawal jenis corak unik macam yang Mira keluarkan. Tapi tak lama selepas itu, Mira menghentikan penjualan tudung sebab dia mahu cuba business baru pula dan sehingga la kini Mira masih lagi bergelar businesswomen yang menjual produk dibawah jenamanya sendiri. Tak silap Ainaa, ada juga orang yang menjual tudung Mira ni, tapi kena pandai cari la sebab bila dah tak dikeluarkan, mesti orang pun sayang nak jual. Melainkan Mira sendiri yang jual tudung koleksi peribadinya sendiri. BTW Ainaa sempat juga beli sehelai shawl yang Mira jual, hehe!

ELFIRA LOY

Selepas mendapat cahaya mata kesayangannya pada tahun lepas, Elfira Loy menyifatkan kehadiran si kecil itu sebagai penyeri hidupnya dan pembuka rezeki bagi mereka sekeluarga. Baru-baru ini Elfira telah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta serta menjalinkan usaha sama dengan produk tudung berjenama Buttonscarves. At the same time, hasil keuntungan tudung itu juga akan disalurkan kepada mangsa virus Covid-19. Kiranya mereka berniaga sambil beramal. Sebelum ini, Elfira pun ada keluarkan koleksi tudung dibawah jenamanya sendiri iaitu Twinkle By Elfira. Waktu tu juga semua hijabis tengah trend pakai tudung ala-ala Elfira Loy yang ada ropol ropol dekat tepi telinga. Korang mesti pernah join sekali pakai gaya tudung macam tu kan sebab Ainaa pun pernah juga, hehe! Sekarang ni korang boleh la beli tudung baru Elfira Loy sambil beramal, dapat kita tambah pahala di bulan Ramadhan ni kan.

NEELOFA

Siapa je yang tak kenal dengan Neelofa ni? Dia bukan sahaja bergelar pelakon, pengacara dan businesswoman, tetapi dia juga bergelar ikon fesyen ramai hijabis dekat Malaysia ni. Setiap musim perayaan, mesti Neelofa akan keluarkan tudung baru dibawah jenama Naelofar Hijab. Walaupun harganya agak mahal tetapi bagi Ainaa, ia berpatutan dengan kualiti kain tudung itu sendiri. Kalau dah nama pun tauke tudung, mesti dia tahu apa yang dimahukan oleh setiap hijabis dekat luar sana. Sempena raya ni, korang boleh la belikan sehelai tudung Naelofar untuk mak korang, mesti dia happy sangat! Mana tahu nanti mak korang feeling jadi macam Neelofa pula, haha!

HANIS ZALIKHA

Ibu kepada anak-anak yang comel, iaitu Hanis Zalikha ni pakai tudung macam mana pun tetap cantik. Kita pun teringin nak nampak cantik macam tu kan? Maka kita pun mula la pakai tudung gaya macam Hanis Zalikha, betul tak? Korang mesti selalu buka IG Hanis Zalikha sebab nak tengok gelagak dua orang anaknya iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah yang comel sangat tu kan? Rasanya bukan korang je yang suka tengok, ramai lagi yang tengok juga gelagak mereka berdua. Sekarang ni pun Hanis ada keluarkan tudung baru sempena Hari Raya ni, boleh la korang grab cepat-cepat. Kalau lambat takut sold out pula nanti, hehe!

Sebagai pelajar sekolah, korang mesti rasa berat nak beli tudung yang agak mahal kan? Tapi kalau korang tak mampu nak beli sebab harga mahal sangat, boleh la share duit dengan adik beradik lain dan hadiahkan tudung tu dekat mak korang. Kita tak dapat pakai, kita kasi la mak kita yang pakai kan.

Tak kisah pun apa pilihan tudung raya korang, make sure kena dengan budget yang korang ada. Jangan disebabkan nak nampak bergaya sampai korang berhabis duit okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

GOT7 Catat Album Terlaris Minggu Pertama Pelancaran!

Comelnya, Chen EXO Dapat Baby Perempuan!