in , ,

List Rumah Hantu Terseram Di Dunia

Sumber gambar: https://edition.cnn.com/videos/movies/2017/08/23/the-it-experience-haunted-house.cnn

RUMAH HANTU? Hello sis! Baru kena kejar dengan angsa pun dah lari tak cukup tanah, ini kan nak masuk rumah hantu? Takut baru masuk dah pengsan je…

Girls, korang pernah masuk mana-mana rumah hantu?  FYI, Ainaa, Ummi dengan Tee dah try masuk one of haunted house Lost In KL dekat Subang a few weeks ago. Rasa seram sampai kitorang menjerit-jerit dalam tu. Kalau korang nak tahu ada macam-macam rumah hantu dekat satu dunia, tapi tak sure la tahap seramnya macam mana. Agak-agak boleh beat tak yang dekat Malaysia?

RUMAH HANTU FUJI-Q HIGHLANDS, JEPUN

               

Rumah hantu Fuji-Q Highlands ni merupakan rumah hantu terbesar dan paling menakutkan dekat Jepun. Katanya bangunan rumah hantu ni ialah hospital lama terletak di kaki Gunung Fuji yang dah ditinggalkan dan kebanyakan barang dekat dalam tu ialah real. Ada juga kisah seram disebalik rumah hantu ni which is ada doktor yang jual organ dan mayat dekat hospital tanpa kebenaran. Kiranya roh-roh ni tak tenteram la. But then, cerita ni tak sure la sahih ke atau cerita dongeng. Dengarnya, penggambaran Running Man pun pernah dijalankan dekat sana tau.

SUNWAY LAGOON

             

Setiap tahun bila sampai perayaan Hari Halloween, pihak pengurusan Sunway Lagoon mesti akan adakan Night Of Fright. Macam tahun lepas, korang disajikan dengan beberapa rumah yang berbeza antaraya Wendigo, Phobia, Horrorwood Studios dan banyak lagi. Maybe ada yang rasa level rumah hantu dekat Malaysia ni tak ada la seram mana, tapi cuba korang masuk dulu dekat Sunway ni, confirm korang sendiri lari tak cukup tanah. Nanti boleh la kumpul duit dan ajak kawan-kawan pergi hujung tahun ni. Nak ajak Ainaa pun boleh juga…

WAHANA STASIUN ANGKER 1980

               

Rumah hantu ni terletak dekat Royal Plaza Surabaya dan temanya ialah ala-ala hantu hospital. So kalau korang datang ke situ, korang akan mulakan ‘perjuangan’ dengan masuk ke dalam satu ambulan. Bukan tu je korang juga berpeluang untuk ambil gambar dengan ‘hantu’ dalam tu before teruskan perjalanan. Tapi hantu dalam tu akan kejar la. Jangan pula lepas pergi sana, korang dah tak berani masuk hospital ya.

MCKAMEY MANOR, SAN DIEGO, USA

             

Korang suka badut atau tengok cerita yang ada serial killer? Haaa, di McKamey Manor, Amerika pengunjung dia boleh experience your own horror movie. Boleh terkencing sis kalau lama sangat dekat situ. Rumah hantu ni bukan je menakutkan, tapi mencabar juga, sampai satu tahap, korang akan saksikan satu scene ‘pembunuhan’ dan korang akan dikurung dekat dalam satu sel before kena ikat dan ‘diserang’ oleh hantu. Kalau korang nak cuba pergi rumah ni, ada banyak requirement tau macam kena dapat clearance dari hospital, sign borang 40 muka surat dan lain-lain lagi. Nampak lah betapa criticalnya tahap takut rumah ni haaa.

Kalau ikutkan Ainaa, tempat yang kitorang pergi dekat Subang tu pun dah cukup menakutkan, inikan pula tempat lain. Risau Ainaa stop setengah jalan je sebab takut sangat. For those yang suka pergi haunted house tu boleh la share sikit tempat best yang korang dah pernah pergi. Boleh la lepas ni team Lunaria pergi sana pulak.

 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lambatnya Period.. Nak Buat Apa Eh??

Nak Kulit Licin Macam Tomato, Makanlah Tomato!