in ,

List Makanan Viral Sepanjang 2019

Sumber gambar: Youtube.com

2019 dah pun menutupkan tirai. Banyak kenangan manis dan pahit dah kita lalui sepanjang tahun yang berliku ni.

Since sekarang dah tahun 2020, mesti banyak benda best kita akan lalui sepanjang 366 hari ni. Ya, tahun ni ada 366 hari sebab tahun lompat, jangan sampai salah kira hari okay guys. Sepanjang tahun 2019, banyak makanan viral yang kita dengar dan mungkin ada yang pernah rasa. Maybe ada antara makanan tu korang sendiri anggap pelik tapi diterima dengan hati yang terbuka oleh rakyat Malaysia, huhu! For those yang tak sempat merasa tahun lepas, korang boleh sambung makan dan minum tahun ni okay!

BOBA TEA EVERYWHERE

Image result for boba tea
Sumber gambar: DiscoverKL

Demam boba tea ni memang lain macam tau tahun lepas! Semua tempat kita pergi confirm ada je kedai jual air boba tea. Satu demi satu kedai boba dibuka sampaikan ada certain tempat macam dekat SS15 tu jam sebab semua orang berebut nak beli boba tea. Tapi tak semua boba tea tu sedap, semuanya depends pada boba tu sendiri. Ada certain boba rasa plain, ada yang rasa manis. Sebab tu la kita diberi banyak pilihan kedai boba dekat Malaysia ni. Dalam shopping mall pun berlambak kedai boba, tunggu korang pilih mana satu je. Antara jenama boba tea yang famous pada tahun 2019 ialah Daboba, Tealive, Xing Fu Tang, KOI, Tiger Sugar, Family Mart dan banyak lagi la! Antara banyak-banyak air boba tea yang ada, mana satu yang paling korang suka?

MILO AIS KEPAL

Image result for MILO AIS KEPAL
Sumber gambar: Klnow

Air milo ni dah la sedap! Lepastu buat jadi ais kepal pula! Perghh double sedap la jadinya kan. Milo ais kepal ni ialah kombinasi antara air milo dan juga ais yang dibentuk menjadi bulat. Kira macam korang makan ais kepal dekat Penang tu, ha ni versi Milo pula. Sedap juga tau, Ainaa dah pernah try. Apa yang buatkan ia jadi sedap ialah bila rasa bancuhan malt coklat milo dekat atas ais tu Boleh tahan ramai la juga yang suka milo ais kepal ni. Sampaikan bila pergi mana-mana je mesti ada gerai yang jual Milo ais kepal ni. Korang nak buat sendiri dekat rumah pun boleh juga, lagi jimat.

FAMILY MART

Image result for menu family mart
Sumber gambar: Klook

Satu demi satu kedai serbaneka Family Mart dibuka dekat Malaysia. Actually Family Mart ni dah wujud since tahun 2016 lagi tapi ia tersenarai sebagai pilihan makanan viral sepanjang tahun 2019. Family Mart ialah kedai runcit serbaneka dari Jepun dan antara menu utama mereka yang jadi tarikan ramai ialah oden dengan aiskrim! Penangan oden Family Mart ni sampai semua orang berebut beratur nak beli oden. Sampai sekarang pun oden masih lagi diterima oleh rakyat Malaysia. Dapat makan panas-panas memang layan la guys! Tapi dekat situ bukan setakat jual oden dengan aiskrim je. Banyak lagi pilihan menu lain which is dessert sandwiches, savoury sandwiches, onigiri, hanjuku cheese, mini dessert, bento box, frappe, imported drinks dan banyak lagi la. Korang pun kalau masuk Family Mart confirm pening kepala tak tahu nak beli apa kan? Ha, sama la kita ni, hehe!

CORNDOG PANAS

Image result for corndog
Sumber gambar: Says

Ini lagi satu penangan makanan dari Korea! Makan waktu masih panas, confirm dapat merasa cheese tarik tu. Corndog ialah roti sosej yang bersalut dengan cheese dan ada extra cheese lagi bagi menambahkan rasa kesedapan dan lemak. Ada satu kedai yang memang jadi tarikan untuk penggemar corndog which is Chun Malaysia. Dekat situ ada banyak pilihan corndog yang boleh korang beli. Siap boleh buat pilihan nak bersalut dengan meggi, kentang atau biasa je. Sekali makan confirm korang teringin lagi. Tapi bagi yang bukan penggemar cheese, maybe korang tak berapa minat sangat sebab cheese dekat dalam corndog ni memang banyak sampai boleh tarik panjang-panjang lagi tau.

TEH TARIK MADU + CINCAU

Image result for teh tarik madu cincau
Sumber gambar: Says

Sana sini semua jual air teh tarik cincau. Harga pun tak sama, rasa lagi la semua berbeza-beza.

Sebab dah ramai sangat orang jual teh tarik madu atau cincau ni, maka ramai la pelanggan mula pening kepala nak fikir beli dekat kedai mana satu, haha! Teh tarik madu ni dah dicampurkan dengan madu asli lebah dan susu tepung sampai menghasilkan buih banyak melimpah-limpah. Lagi banyak buih, lagi la sedap teh tarik tu. Ada certain orang tak suka yang terlampau manis. So sebab tu ada pilihan untuk order teh tarik madu atau cincau. At least cincau nanti boleh gigit-gigit, hehe!

Banyak tau makanan best yang viral since tahun lepas ni. Sampaikan kita sendiri tak tahu nak rasa yang mana satu. Semuanya nampak menyelerakan. So far semua makanan dan minuman ni Ainaa dah pernah try. Not bad la sedap juga. Korang paling suka yang mana satu? Komen dekat bawah okay.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempat Makan Best Untuk Sambut Tahun Baru Dengan Keluarga Dan Kawan!

Cara Nak Berkawan Di Sekolah Baru