in ,

List Makanan Paling Pelik Di Dunia Korang Perlu Tahu!

Sumber gambar: youtube.com/sophieanddave

Korang pernah tak cuba makan makanan pelik yang ada di dunia? Macam Zoe, Zoe tak pernah cuba sebab memang tak kena langsung dengan tekak Zoe, lebih lagi kalau makanan itu mengandungi benda yang menjijikkan pada pandangan mata Zoe. Untuk pengetahuan korang, makanan pelik kebanyakannya terdapat di luar negara sebab masyarakat di sana lebih suka akan sesuatu yang eksotik dan luar norma sebagai hidangan mereka. kalau korang nak tahu bukan setakat negara Asia sahaja tau yang ada makanan pelik, di negara belah western pun ada tau! Jom kita tengok list makanan paling pelik dan jijik di dunia yang perlu korang tahu. 

JING LEED 

Sumber gambar: in what language

Seperti yang kita tahu, Thailand memang syurga makanan, betul tak? Rakyat Malaysia pun memang ramai yang sanggup pergi ke Thailand sebab makanan di situ memang sedap dan manis. Walau bagaimanapun, kalau korang nak tahu Jing Leed ini adalah salah satu makanan pelik di negara gajah putih itu tau! Jing Leed ini adalah belalang yang sudah diperap bersama bahan seperti lada, cili dan garam sebelum digoreng di dalam minyak panas crispy dan dimakan. Ada juga yang cakap, bukan setakat belalang sahaja mereka goreng tetapi segala serangga seperti ulat, cengkerik, lipas dan banyak lagi dijadikan makanan di sana.

ESCAMOL 

Sumber gambar: bugs feed

Seterusnya adalah Escamol yang berasal dari salah satu negara Amerika Utara iaitu Mexico. Kalau dilihat rupa bentuknya seakan-akan tacos tetapi jika korang perhati secara detail ia dibuat dari larva, kepompong, dan jenis semut tanaman. Woah! Ada ke antara korang yang sanggup makan Escamol yang rupanya ibarat tacos basi ini? Kalau sanggup mencuba, ambil gambar dan kongsi dengan kami okay! 

SHIRAKO 

Sumber gambar: all that interesting

Orang Jepun memang dikenali sebagai pemakan yang berani makan makanan yang kurang masak dan katanya semua itu makanan seperti itu mengandungi khasiat yang tinggi. Shirako pun kalau korang nak tahu ia adalah salah satu makanan yang pelik dan jijik sebab ia adalah kantung sperma ikan kod yang mereka lebih sedap dimakan mentah atau digoreng. Woah! Sperma ikan pun mereka bedal ya! Dahsyat tapi unik! Hehe

BEONDEGI 

Sumber gambar: Flickr

Makanan Korea sekarang ini memang sentiasa mendapat tempat di hati ramai orang sebab pedas, banyak dan mengenyangkan. Kalau kita tengok kedai makanan Korea memang bersepah-sepah di negara kita dan cakap sahaja korang nak makan apa, pasti mudah untuk korang dapatkan. Tapi nak tanya juga, korang sanggup ke makan Beondegi iaitu ulat sutera yang dimasak, dikukus dan diletakkan beberapa rempah dan dihidang dengan banyak dihadapan mata korang? Ada yang kata rasanya seperti makan udang sahaja. Hehe

HAGGIS 

Sumber gambar: Britannica

Hmm, sedap juga kalau sekarang ini dapat makan steak ke, lamb chop ke, lamb grill ke dan siapa sahaja tak suka makan kambing kan? Tapi korang pernah tak tengok Haggis iaitu makanan daripada negara Scotland yang mengandungi jantung, hati dan paru-paru kambing biri-biri ditumbuk dan dicampur dengan bawang putih, bijirin oat dan lemak? Ada ke antara korang di sini yang makan organ haiwan? Kalau ada, mungkin korang boleh cuba makan Haggis ini suatu hari nanti? Hehe! Ada yang berani tak?

Untuk yang suka mencuba ini rasanya korang boleh lah cuba satu hari nanti. Tapi hati-hati, risau korang sakit perut pula nanti. Iyalah, kalau dah biasa makan makanan normal, risau tiba-tiba makan makanan pelik dan jijik ini korang kena penyakit pelik-pelik pula. Hehe

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haircut Hot Untuk Boys 2020!

Apa Nak Buat Sebelum Keluar First Date