in ,

List Kartun² Jepun Yang Memang Legend Habis!

Sumber gambar: seichiofanime.com

An an an! Totemo Daisuki! Doraemon! Mesti korang ternyanyi sekali kan! Haha! 

Ha! Mesti ramai sangat yang rindu dengan animasi kartun yang popular waktu korang kecil dulu kan? Kalau nak tengok zaman sekarang ini, memang dah tak ada episod baru dan tayangan semula pun memang susah nak tonton di televisyen kan? Nasib baik sekarang sudah ada banyak di Youtube dan korang boleh tonton semula walaupun tidak banyak yang dialih bahasa. Jadi, jom kita tengok antara beberapa list kartun Jepun yang memang legend habis, mana tahu ada antara korang yang memang geng dengan kami juga? Hehe! 

CRAYON SHIN CHAN

Sumber gambar: sevenpie

Siapa sahaja yang tak kenal budak umur 5 tahun yang memang kelakar dan selalu mengusik setiap orang di sekelilingnya ini kan? Crayon Shin Chan adalah cerita yang dianimasikan daripada komik yang dilakar oleh Yoshito Usui. Perwatakan semulajadi Shin Chan yang nakal ini memang buat mak dan ayah nya sendiri pening kepala sebab dia ini memang tak malu langsung, siap suka bogel di hadapan orang. Haha! 

CHIBI MARUKO-CHAN

Sumber gambar: themoviedb

Chibi Maruko-chan memaparkan kisah tentang kehidupan seorang budak perempuan kecil yang telah bernama Maruko yang tinggal di sesebuah tempat di pinggir kota pada lewat 70-an Jepun. Dalam cerita ini, korang akan mengimbau semula zaman sekolah, zaman ada crush, kehidupan normal korang dengan adik-beradik dan banyak lagi. 

DORAEMON

Sumber gambar: parhlo

Memang tipu kalau ramai yang tak kenal dengan siri animasi yang satu ini sebab Doraemon memang antara salah satu cerita yang paling suka buat orang nangis. Ini sebab persahabatan antara Doraemon dan Nobita memang dah macam adik-beradik betul. Walaupun Nobita ini selalu ditimpa nasib malang, Doraemon memang selalu sabar saja untuk bantu Nobita.

TOTORO

Sumber gambar: bbc

Macam yang satu ini pula adalah filem kartun yang memang dah lama yang keluar pada tahun 1988. Cerita My Neighbour Totoro ini adalah kisah tentang sebuah keluarga yang berpindah ke rumah yang agak creepy, keluarga yang terdiri daripada ayahnya Tatsuo Kusakabe dengan anak perempuannya dua orang iaitu Satsuki Kusakabe dan Mei Kusakabe yang mampu melihat hantu yang ada di dalam rumah yang mereka pindah itu. 

Antara semua cerita kartun ini, yang paling korang nak tonton semula cerita apa? Macam Zoe, Doraemon dan Crayon Shin Chan sebab kalau dulu setiap pukul 7 petang sampai 8 malam itu adalah waktu yang memang tak ada orang boleh ganggu Zoe tengok televisyen langsung sebab nak fokus dengan dua cerita ini. Apa pula cerita legend favourite korang dulu? Cuba kongsi dan komen dekat bawah sebab kami pun nak tahu juga! Hehe

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Cerita Korea Sweet ‘Teruk’ Sehingga ‘Tercyduk’!

K-Pop Idol Yang Nampak Sombong, Tapi Sebenarnya Lovely Sangat