in ,

List K-Pop Idol Bakal Buat Fans Patah Hati Kalau Mereka Kahwin

Sumber gambar: twelveasone.wordpress.com

Mesti ramai yang tahu tentang khabar berita Chen EXO nak berkahwin baru-baru ini kan? Memang ada banyak cerita tak kira sudut positif dan negatif yang kita dengar dan tak tahu lah nak percaya yang mana satu kan? Apa yang kita tahu, of course setiap kali ada mana-mana artis yang kahwin, pasti peminatnya akan tercyduk sementara dan lambat laun akan redha sahaja dengan berita itu kan? Okay, jom kita tengok list K-Pop idol mana yang akan buat fans patah hati dan tercyduk kalau mereka kahwin. Haha! Alamak korang ini tak relax lah. Hehe! Macam-macam…

NAYEON TWICE

Sumber gambar: Twice

Siapa sahaja tak kenal dengan kakak yang paling tua dalam kumpulan Twice ini kan? Nayeon Twice memang popular sangat dalam kalangan fan boys nya dan kalau jumpa Nayeon depan-depan peminat lelaki dia kalah kita yang perempuan ini menjerit tau! Bukan setakat itu sahaja, memang ramaj juga sasaeng yang suka menganggu Nayeon tau! Ish-ish! Nak kenal pukul korang ini!

LISA BLACKPINK

Sumber gambar: Pin Interest

Dah lah cantik, tinggi, pandai cakap banyak bahasa, pandai menari, sebut sahaja apa lagi? Pengikut dia di Instagram pun masih nombor satu tau dalam kalangan K-Pop idol! Lisa Blackpink ini agaknya dengan siapalah dia kahwin kan? Dengan orang Thailand juga ke Korea ya? Zoe pun curious! Korang yang peminat dia nanti jangan tercyduk tau kalau dia kahwin. Hehe!

SUHO & D.O EXO

Sumber gambar: Amino

Antara yang paling tua dalam kumpulan EXO ini, Suho dan D.O sentiasa menjadi pujaan hati para peminatnya EXO-L dengan gelagat mereka yang comel dan gentleman kan? Kalau Chen sahaja dah ramai yang beri hashtag buruk, macam mana lah mereka dua ini pula kan? Harapnya kita yang sebagai peminat ini be happy kalau mereka bahagia saja okay. Korang tak perlu risau lah, korang tetap nombor satu dalam hati mereka okay!

SIWON SUPER JUNIOR

Sumber gambar: allkpop

Siwon Super Junior ini walaupun dah level-level uncle untuk korang pun, masih lagi ada yang tak sanggup nak terima kan kalau dia kahwin? Mesti sebab korang nak dia kahwin orang dengan yang setaraf dia kan? Haha! Apa lah korang ini, dah kalau dia bahagia dengan perempuan yang dia pilih itu nak buat macam mana kan? Cuba bayangkan korang di tempat wanita pilihan hati Siwon? Korang mesti sedih kan kena kecam dengan peminat suami korang? Eh? Hahaha!

JUNGKOOK, JIN & TAEHYUNG BTS

Sumber gambar: Pin Interest

Tiga orang ini masih di kemuncak dunia hiburan lagi. Nama mereka selalu trending dan akan sentiasa trending sampai bila pun kita tak tahu lah kan? Jungkook, Jin dan Taehyung BTS ini apalah agaknya nasib mereka kalau kahwin dengan seseorang nanti kan? Sedangkan kes Jungkook keluar dengan kawan perempuan dia hari itu pun ramai orang dah gugur jantung. Ini pula kalau tiga orang sekaligus. Dah lah BTS ARMY ini ada berjuta, mesti semua orang tak sanggup nak on social media langsung kan nanti? LOL!

Hmm, macam mana? Ada yang ready ke tidak kalau mereka kahwin ini? Jujurlah pada diri sendiri okay! Haha! Kalau Zoe, Yoongi BTS kahwin, Zoe okay sahaja walaupun dia ultimate bias Zoe dalam BTS sebab itu dah pilihan dia kan? Sesungguhnya kita kena terima hakikat yang kita hanya dilahirkan untuk jadi fan girl dia sahaja okay. Itu sebabnya, nak minat itu berpada-pada, jangan obsesif sangat ya, nanti korang sendiri yang sedih. Hehe.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bahaya Coronavirus, Hati-Hati Guys!

Makanan Raya Cina Yang Mungkin Korang Akan Suka