in ,

List Event Ditangguh Akibat Covid 19

Sumber gambar: staroutloud.wordpress.com

Hampir sebulan lebih isu virus COVID 19 melanda dunia, sampai sekarang masih belum ada penawar bagi virus misteri ini. Disebabkan virus ini, ramai orang telah maut dan banyak negara telah laksanakan perintah berkurung bagi mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.

At the same time, banyak juga negara telah membuat sekatan pelancong daripada memasuki negara mereka. Bukan itu sahaja, banyak juga hotel dan tempat penginapan yang pada asalnya mahal, tapi sekarang dah turun harga. Kita memang nampak macam seronok sebab boleh staycation dengan harga murah, tapi sebenarnya kita bercuti secara tak tenang. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan event yang diadakan di seluruh negara turut ditangguhkan disebabkan virus COVID 19 ini. Bagus juga sebenarnya kalau ditangguhkan sebab bila berkumpul ramai-ramai, takut juga ada yang tak sihat then terus dijangkiti apa-apa virus. Jom check out apa agaknya event yang ditangguhkan sepanjang tahun 2020 ini.

PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2020

LUNARIA baru sahaja buat giveaway contest untuk event ini minggu lepas. Tapi sayangnya kami baru sahaja menerima berita bahawa acara Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2020 terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan COVID 19. At the same time event ini juga melibatkan banyak rakan kongsi, krew, juruterbang, syarikat produksi, sukarelawan dan juga puluhan ribu pengunjung, jadi keputusan ini merupakan keutamaan kesihatan buat semua orang. Bagi pihak penganjur, keputusan itu sangat sukar tetapi semuanya demi kebaikan semua. For those yang dah beli tiket, korang boleh dapatkan semula refund dengan cara rujuk ke laman rasmi mereka. LUNARIA pun sedih juga dengan berita ini sebab kami memang dah excited nak naik hot air balloon. Apa pun kita tunggu je apa-apa update daripada pihak mereka okay!

NUSAFEST

Konsert yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik yang sepatutnya dijalankan pada 7 dan 8 Mac terpaksa ditunda. Konsert yang dibarisi oleh ramai penyanyi Malaysia, Singapura dan Indonesia itu bakal dilaksanakan pada sekitar bulan Julai tahun ini. Antara penyanyi hebat yang memabrisi konsert ini ialah Caprice & Badboi, Butterfingers, Gerhana Skacinta, Joe Flizzow, Padi Reborn dan ramai lagi. Actually konsert ini dah lama diumumkan sejak COVID-19 mula menular di seluruh negara. Ada tak antara pembaca LUNARIA yang dah beli tiket? Korang sedih? But it’s okay, kita tunggu je bila tarikh baru akan diumumkan ya.

GOT7 KEEP SPINNING IN KL

Kenapa batalkan? Kenapa tak tangguhkan sahaja? Tak tahu ke ramai Ahgase dah lama tunggu GOT7 datang Malaysia?

Disebabkan konsert GOT7 Keep Spinning In KL dibatalkan, ramai juga fans terutamanya kelab peminat mereka which is Ahgase mengamuk! Berita pembatalan konsert itu diberitahu sendiri oleh pihak penganjur which is Star Planet disebabkan COVID 19 yang semakin meningkat. Ramai fans mempertikaikan keputusan ini kerana ia tidak sepatutnya dibatalkan padahal konsert GOT7 di Bangkok, Thailand tetap diteruskan pada bulan Mei. Ada juga yang memberi pendapat mereka bahawa konsert itu tidak sepatutnya dibatalkan kerana di Malaysia kes corona tidaklah tinggi seperti di negara lain. Menurut pihak penganjur mereka lagi, keputusan itu dibuat kerana takut sekiranya ahli kumpulan GOT7, crew, penari dan semua yang terlibat terkena penyakit bahaya itu. Bagi Ainaa sendiri, mungkin mereka tidak mahu mengambil apa-apa risiko memandangkan COVID 19 ini masih lagi menular. Tapi ada baiknya sekiranya konsert ini hanya ditangguhkan, bukan dibatalkan sebab memang ramai fans yang tunggu GOT7 perform di Malaysia. Harap korang semua bertabah okay!

BTS

via GIPHY

Kes COVID 19 bukan sahaja menular di China tetapi juga telah merebak ke seluruh negara termasuk Korea. Oleh itu, kumpulan kesayangan ramai, BTS terpaksa membatalkan sebanyak empat konsert mereka sepanjang April ini disebabkan ada sebanyak 2,000 kes COVID 19 yang berlaku di Korea Selatan. Konsert yang sepatutnya dilaksanakan di Stadium Olimpik, Seoul itu bakal mempersembahkan album baharu mereka, Map od the Soul:7. Konsert yang dijangkakan bakal dihadiri sebanyak 200,000 penonton itu sah dibatalkan berikutan kebarangkalian wabak tersebut akan menular lebih melampau selepas ini. Semuanya demi keselamatan semua pihak termasuk peminat sendiri.

Diharapkan korang semua pun memahami sebab kenapa kebanyakan konsert dan event ditangguhkan atau dibatalkan. Kalau boleh kita tak mahu ada yang terkena virus bahaya ini. Lagi-lagi bila berkumpul di tempat yang ramai orang, of course by that time banyak virus yang akan merebak. Jaga kesihatan, sentiasa basuh tangan dan kalau boleh pakai mask untuk yang tidak sihat ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nampak Savage Tapi Suga BTS Sebenarnya Kucing!

Makanan Yang Boleh Buatkan Mood Sentiasa Ceria