in ,

List Drama Korea Rating Tinggi 2019!

Sumber gambar: reddit.com

Tahun 2019 dah nak berakhir, agaknya apa la drama Korea yang korang dah habis tengok? Agaknya boleh repeat lagi tak drama tu?

Untuk Ainaa yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia Kdrama ni, ada beberapa drama yang memang Ainaa layan sampai menangis, hehe! Antaranya ialah Her Private Life, I’m Not A Robot dan banyak lagi la. Memang layan sampai menangis tu, huhu! So since bulan Disember ialah bulan terakhir sebelum kita menempuh tahun baru, Ainaa nak share sikit dekat korang beberapa drama Korea yang dapat rating paling tinggi sepanjang tahun 2019 ni mengikut kiraan dari Kakimuvee Reborn.

WHEN THE CAMELLIA BLOOMS (KBS2)

Drama ni Ainaa belum tengok lagi sebab sekarang tengah baru nak layan drama Hotel Del Luna, tapi maybe lepas ni boleh tengok drama ni kot. Drama When The Camellia Blooms ni mengisahkan tentang seorang ibu tunggal bernama Dong-Baek lakonan Gong Hyo-Jin yang tinggal dekat sebuah bandar kecil bernama Ongsan. Dekat sana dia buka bar-restoran diberu nama Camellia, at the same time dia juga jaga anak dia dekat sana. Ramai penduduk dekat sana selalu gosip tentang diri dia tapi dia langsung tak peduli tentang semua tu. At the same time, ada seorang anggota polis ni suka dekat dia tapi lagi mengejutkan bila ex-boyfriend dia tiba-tiba menagih cinta. Lagi menakutkan bila tiba-tiba ada serangan pembunuhan dekat Ongsan dan Dong-Baek ialah salah seorang sasarannya. Nak tahu apa jadi? Kena tengok okay! So far drama ni dapat rating tertinggi iaitu 23.8%

THE FIERY PRIEST (SBS)

The Fiery Priest ni ialah drama yang bergenre jenayah komedi. Mengisahkan tentang seprang Paderi Kim Hae II, lakonan Kim Nam Gil yang merupakan seorang lelaki yang tak dapat kawal kemarahannya dan dia juga merupakan salah seorang bekas ejen NIS. One day, kemarahan dia sampai dekat tahap yang paling tinggi bila Paderi Lee yang dia dah anggap sebagai bapanya telah dibunuh dan difitnah membunuh diri. Punca dia bunuh diri tu ialah disebabkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan mencabul seorang wanita. Padahal benda tu sebenarnya palsu, so that’s why dia marah sangat. Dengan itu, dia berjanji dengan dirinya sendiri untuk cari sendiri keadilan untuk Paderi Lee dan siasat siapa sebenarnya dalang sebalik kematian Paderi Lee dan jenayah yang berlaku dekat bandar tu. Rating bagi drama ni ialah 22%. Not bad juga, mesti best kan? Nanti nak tengok la.

DOCTOR JOHN / DOCTOR YO HAN (SBS)

Before this Ainaa ada tulis artikel tentang drama ni kalau tak silap. Doctor John mengisahkan tentang seorang doktor anaesthasia yang mempunyai kepakaran untuk menangani kesakitan. So dalam setiap episod, ada banyak scene menunjukkan pesakit tu ada sakit yang berbeza dan punca kesakitan tu langsung tak diketahui. That’s why semua doktor tu akan berusaha untuk cari jalan penyelesaian dan banyak kajian dah dijalankan untuk dapatkan jawapan. Drama ni dibintangi oleh Lee Se Yung, Lee Kyu Hyung dan ramai lagi. 12% rating diberikan untuk drama ni.

HOTEL DEL LUNA (tvn)

Tak payah cakap la tentang drama ni, korang semua pun mesti dah tahu kan? Macam demam Hotel Del Luna je tau before this, semua orang cakap tentang drama ni. Ainaa baru layan first episode harini tau, tak tahu lagi apa kesudahan drama ni. For those yang tak tahu, drama ni berlatarbelakangkan tentang hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menyeramkan dekat kawasan pinggir bandar Seoul, Korea. Kesemua pelanggan hotel tu ialah hantu! Pengurus hotel tu ialah Goo Chan Sun, lakonan Yeo Jin Goo dan disebabkan satu kejadian tu, dia terpaksa handle hotel tu yang dimiliki oleh Jang Man Wol, lakonan IU yang cantik tapi tamak dan angkuh! Goo Chan Sun hanya boleh keluar dari hotel tu melainkan dia jumpa seseorang yang dah buat jenayah lagi teruk daripada dia. Kalau nak tahu, kena la tengok! Ainaa pun tak sabar dah ni nak tengok sampai habis.

Banyak tau sebenarnya drama Korea yang dapat rating tinggi! Ye la, sekarang tengah gila demam Kdrama, memang semua orang excited la nak tengok drama Korea. For those yang dah habis SPM tu, boleh la marathon Kdrama! Hehe!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Sekolah? Jom Lepak District 21

Siapa Pembunuh Dalam MV Hello? Andi Atau Ismail?