in ,

List Barang Korang ‘Wajib’ Shopping Online Sepanjang PKP

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

PKP nampaknya akan dipanjangkan sampai hujung bulan. Hmm rasanya boleh kot shopping sikit sepanjang cuti ni, hehe!

Wah wah wah, mentang-mentang tengah cuti, laju je tangan tu asyik ‘add to cart’ segala barang yang korang nampak tak kisah la dekat Shopee, Lazada, Instagram atau mana-mana sahaja. Jangan seronok sangat scroll barang-barang tu, nanti parents korang juga yang kena bayar. Tapi sekali sekala tak apa kot?

Boleh jadi barang-barang yang korang nak beli tu boleh digunakan dekat rumah juga kan? Since kita tengah dalam PKP, Ainaa macam nak share sikit beberapa jenis barang yang korang ‘patut’ beli! Kenapa patut, iya la boleh la mengurangkan kebosanan dekat rumah tu. Jom kita tengok barang apa agak-agaknya…

LAMPU LED TIKTOK

Kalau korang kaki TikTok, memang akan nampak ramai orang gunakan lampu ni dekat bilik mereka. Memandangkan korang pun rajin main TikTok, kena la juga ada lampu tu. Korang kena pandai pilih kedai yang menjual lampu LED ni sebab memang ada banyak pilihan. Bukan setakat pilihan kedai tapi pilihan harga. Make sure bila beli tu sekali didatangi dengan remote, supaya korang boleh control warna lampu yang dimahukan. Baca dulu review customer yang lain dan pastikan penjual tu berada di Malaysia sebab kalau oversea, susah la nak masuk ke sini since semua negara tengah dalam langkah berjaga-jaga. Korang boleh beli dekat Shopee, Lazada atau mana-mana shopping online yang lain ya. Ainaa pun sebenarnya tengah tunggu lampu tu sampai, nak juga feeling macam budak TikTok dalam bilik!

TAPESTRY

Opinion: My Apartment Doesn't Have Enough Tapestries
Sumber gambar: Theblacksheep

Tengah musim PKP ni, kebanyakannya habiskan masa dengan buat room make over. Korang pun jangan lepaskan peluang ni untuk kemas dan buat room makeover juga. Ada banyak masa terluang yang boleh korang gunakan. Untuk room makeover kali ini, korang kena tahu dulu tema untuk bilik. Bukan apa, kalau dah ada tema senang la nak beli tapestry yang sesuai. Dengan adanya tapestry ni, bilik korang akan nampak lebih cantik dan menonjol. Lagi-lagi kalau penggunaan tapestry yang sesuai, memang terus nampak bilik korang macam dekat dalam Tumblr tu. Korang boleh buat pilihan sama ada nak jadikan tapestry itu sebagai langsir bilik, aksesori tambahan dekat dinding atau tempat OOTD setiap hari. Banyak je contoh inspirasi yang korang boleh ikut.

MAGIC PAN

Magic Pan in Pakistan
Sumber gambar: Money

Bagitahu semua adik-beradik korang dan collect duit daripada semua orang. Ini la masanya untuk korang belikan magic pan untuk mak dekat rumah tu. Since semua orang ada dekat rumah, mesti banyak yang perlu dimasak. Magic pan ni sebenarnya salah satu barang kegemaran mak kita ya. Kuali tu bukan sahaja memudahkan kerja bila nak memasak tapi bila nak cuci tu pun senang. Maklum la bab cuti pinggan mangkuk kuali tu kan kerja korang. Korang pun mesti happy juga kalau ada magic pan ni sebab tak perlu nak sental dah bila nak membasuh. Ada banyak jenis magic pan yang dijual secara online, make sure beli dari Malaysia ya supaya proses penghantaran tu lebih cepat.

BARANG RAYA

Sumber gambar: Lunaria

PKP dilanjutkan sehingga hujung bulan ini. Tapi tak mustahil juga sekiranya dilanjutkan lagi sehingga Hari Raya Aidilfitri kan? Since raya ni kita akan sambut dekat rumah masing-masing, kelengkapan raya pun kena la ada juga. Sekarang ni dah boleh la slowly shopping barang raya. Contohnya baju raya, tudung raya, biskut raya pun jangan lupa ya. Kasut je tak perlu sebab korang tak ke mana-mana pun raya ni, hanya duduk dekat rumah. Boleh jadi keluar rumah untuk OOTD dekat depan rumah je. Tak salah kalau beli awal, at least nanti tak payah kelam-kabut. Nanti orang lain sibuk complain barang order tak sampai lagi, tapi korang dah rasa vibes raya tu dulu sebab sebelum raya lagi dah beli barang ya.

Shopping online tu, shopping juga. Tapi jangan sampai lupa diri ya. Kita tak tahu PKP ni dilanjutkan sehingga bila. So, berjimat cermat juga ya guys!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Buat Aiskrim Sendiri Di Rumah!

Cara Mudah Hilangkan Bau Badan