in ,

List Artis KPOP Yang Bijak Dalam Study! No.2 ONZ!

Sumber gambar: kprofiles.com

Betul la orang kata, beauty with brain ni sangat penting. Lagi-lagi kalau idol, kena la ada brain yang bagus. Baru la orang boleh jadikan sebagai idola dan contoh kan.

Jangan ingat jadi artis Kpop ni setakat kena pandai menyanyi dan menari je ke? Mereka ni memang ada pengaruh yang kuat di dalam dan luar negara mereka sendiri. Bukan je berbakat dalam dunia seni, tapi berjaya dalam pelajaran. Baru la peminat rasa bangga dan mereka sendiri boleh jadi contoh yang baik. Dekat bawah ni Ainaa ada list beberapa artis Korea yang cemerlang dalam pelajaran. Jom kita intai sikit, mana tahu ada idola korang sekali ke dalam list ni…

WENDY RED VELVET

Image result for wendy red velvet"
Sumber gambar : allkpop

Wendy atau nama sebenarnya Shon Seung-wan merupakan pelajar sekolah private dekat Amerika Syarikat which is Shattuck-Saint Mary’s dekat Minnesota, Amerika Syarikat. Dekat sana dia bukan je pelajar kehormat, tapi dia juga berjaya memenangi anugerah sebab memasuki banyak aktiviti termasuk anugerah muzik dan akademik. At the same time, Wendy juga berjaya menerima anugerah President Education Award yang ditandatangani sendiri oleh bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama. Kejayaan yang diterimanya itu bersempena dengan kecemerlangan dalam bidang akademik. Wahhhh, dah la cantik lepastu cantik pula!

RM BTS

Image result for rm bts"
Sumber gambar: Allkpop

Wahhh, yang ni memang tak payah cakap la. Tengok sekali je dah tahu memang genius, hehe! RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon yang merupakan leader BTS ni dikatakan antara selebriti yang paling bijak. RM dikatakan mempunyai tahap IQ of 148 which is dia disahkan paling genius! Dia juga menerima skor sebanyak 900 pada TOEIC waktu dia dekat sekolah menengah. At the same time, RM juga fasih dalam bahasa lain iaitu bahasa Inggeris dan juga Jepun. Bukan tu je, waktu ujian persiapan masuk ke universiti, RM berjaya masuk ke peringkat skor 1.3% iaitu antara yang terbaik di Korea. Kira memang power la RM ni kan? Nanti kalau dia datang Malaysia, boleh la minta dia ajarkan Maths ke kan? Hehe!

SEOHYUN GIRLS’ GENERATION

Image result for SEOHYUN GIRLS' GENERATION bangsa bersatu"
Sumber gambar: Remaja

Bukan je pandai menari, tapi Seohyun juga berjaya menerbitkan bukunya sendiri! Jarang tau ada artis yang boleh terbitkan buku, dekat Malaysia kita ada Fattah Amin yang pernah menerbitkan sebuah buku puisi berjudul 99 Kata Fattah Amin, hehe! Seohyun juga telah dilantik sebagai duta Pavilon Bangsa-Bangsa Bersatu dekat Yeosu Expo yang mana diberikan penghormatan sendiri oleh bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Ban Ki-moon. Seohyun berjaya menerima anugerah terbaik itu pada sekitar 2014 dan tahun yang sama dia habis belajar.

TAEYANG BIGBANG

Image result for taeyang big bang"
Sumber gambar: aminoapps.

Ya betul guys! Taeyang memang antara artis Korea yang juga menerima anugerah cemerlang dalam pelajaran. Taeyang atau nama sebenarnya
Dong Young-bae berjaya menyerahkan tesis sebanyak 104 halaman untuk Ijazah Sarjana in Producing Performance and Images dekat Daejin University Graduate School of Coulture& Arts. Apa yang lagi best ialah tesis yang ditulisnya ialah tentang diri dia sendiri! Tesis tersebut bertajuk ‘The Influence of BIGBANG 2015 WORLD TOUR (MADE) on the Sustainability of the Korean Wave. Pergh! Lain macam betul pemilihan tajuk tesis dia tu ya! Mesti best isi kandungan dalamnya, teringin pula nak baca, hehe!

KYUHYUN SUPER JUNIOR

Image result for KYUHYUN SUPER JUNIOR"
Sumber gambar: Soompi

Walaupun terpaksa ikutkan kata-kata keluarga untuk sambung belajar dalam bidang undang-undang, Kyuhyun tetap dapat melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang dia minat iaitu muzik. Pada mulanya keputusan dia tu ditentang oleh keluarga, tapi semunya berubah bila bapanya membenarkan dia untuk meneruskan niatnya itu sekiranya dia diterima masuk ke universiti yang berprestij. Akhirnya dia diterima masuk ke universiti Kyunghee Universitu yang merupakan antara universiti terkemuka dekat Korea! Dia menyampung pelajaran dalam jurusan Bachelor’s Degree in Post-Modern Music. Since dia dah berjaya tamatkan pelajaran dia, sekali lagi dia membuktikan yang dia mampu berjaya dengan mendaftarkan diri untuk sambung belajar sehingga ke peringkat Master pula. Wow! Hebat juga ni!

Boleh tahan juga course dan kejayaan mereka ni semua! Bagi Ainaa, bila bergelar selebriti mereka ni juga memerlukan tahap pelajaran yang tinggi. At least orang lain boleh jadikan dia sebagai contoh untuk berjaya dalam pelajaran dan karier seni sendiri. Korang lepas ni belajar rajin-rajin okay!

What do you think?

-9 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Bersihkan Casing Phone Supaya Nampak Baru

Tips Move On Paling Pantas Korang Harus Cuba