in ,

Lisa BLACKPINK Dituduh Bersikap Racist Dalam Video Terbaru

Sumber gambar: Instagram Lalalalisa

Minggu lepas kena kecam sebab ada patung gajah dalam MV How You Like That! Minggu ini pula dikecam sekali lagi hanya kerana memakai bandana di kepala? Alamak

Seperti yang korang tahu, hujung bulan lepas BLACKPINK baru sahaja release lagu baru mereka berjudul How You Like That yang mana sekarang ia masih lagi trending di tangga kedua YouTube Malaysia. Kita recap semula kecaman yang telah diterima oleh BLACKPINK semenjak MV tersebut release… Kontroversi yang melanda BLACKPINK kali ini agak mengejutkan apabila YG Entertainment dan BLACKPINK dikatakan tidak menghormati agama Hindu. Kenapa?

YG Entertainment under fire for using a Hindu deity as a prop in ...
Sumber gambar: Allkpop

Semuanya disebabkan ada patung dewa Hindu Ganesha yang telah diletakkan di atas lantai bersebelahan dengan Lisa. Sedangkan ketika itu Lisa sedang duduk di atas kerusi seperti tahta tinggi berbanding patung dewa yang diletakkan di atas lantai tersebut. Dewa Ganesha merupakan salah satu dewa utama bagi masyarakat Hindu kerana ia melambangkan pelindung, kebijaksanaan dan juga penghalang terhadap segala kesusahan. Bagi pengganut agama Hindu, mereka merasakan perkara tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati agama mereka. Bukan itu sahaja, Lisa juga dikatakan agak biadap kerana memakai kasut berdekatan dengan patung tersebut.

At the same time ada juga peminat yang beranggapan bahawa Lisa mungkin tidak mempersendakan budaya Hindu kerana patung Ganesha turut disembah dekat Thailand tetapi dikenali dengan nama lain iaitu Phra Phikanet. Again, kali ini Lisa telah menerima kecaman disebabkan video tariannya yang berjudul LILI’s FILM #4-LISA Dance Performance Video yang telah dilancarkan pada Jumaat lepas. Cuba korang tengok, agak-agak apa yang tak kena dengan video tersebut? Ramai yang berfikir panjang sebab tak tahu apa yang racistΒ dalam video tersebut.

Bagi video tarian yang keempat ini, Lisa telah menari mengikut koreografi yang diatur oleh guru tari Cheshir Ha. At the same time Lisa turut ditemai oleh rakan-rakannya yang lain iaitu Vata dan juga Yehwan Kim. Semuanya nampak sempurna di dalam video tersebut, lebih-lebih lagi apabila Lisa tampil dengan rambut panjang. Di mana yang dikatakan menghina?

Video tersebut menampilkan Lisa menarikan lagu Chris Brown dan Young Thug’s City Girls. Konsep video tersebut sangat simple yang mana mereka hanya shoot di dalam sebuah bangsal berlatar belakangkan bengkel kereta. Ramai terpukau dengan gaya tarian Lisa yang sangat smooth dan memukau mata yang memandang. Apa yang kita nampak mungkin semuanya positive tetapi ada juga yang mempersoalkan pemakaian aksesori kepala yang digayakan oleh Lisa. Lisa dituduh memakai durag yang merupakan budaya khas orang barat. So di situ ramai yang menuduh Lisa menghina budaya mereka.

Sumber gambar: Instagram Anthony King

Namun pengarah video tarian tersebut, Anthony King telah mempertahankan Lisa dan menjelaskan bahawa apa yang dipakai oleh Lisa itu bukanlah durag tetapi sapu tangan biasa yang dililitkan di kepala. Jelaslah di situ bahawa Lisa tidak menghina budaya mereka tetapi sapu tangan itu hanya dipakai bertujuan sebagai aksesori sahaja.

Pada masa yang sama Anthony telah memberitahu maksud disebalik durag yang mereka katakan itu supaya tidak ada lagi yang tersalah anggap. Sehingga sekarang, video tarian Lisa masihΒ trending di YouTube Malaysia ditangga ke-13! Power #MekSiam!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

AplikasiΒ² Penting Perlu Ada Dalam Phone Setiap Perempuan