in ,

Lisa BLACKPINK Digelar ‘Ratu Thailand’ Selepas Tolong Mangsa Banjir

Sumber gambar: https://picsart.com/i/sticker-lisa-blackpink-268554477014211?hl=ja

Perempuan kalau dah cantik, di tambah pula dengan perwatakan yang baik dan menarik. Confirm jadi double triple cantik!

Dalam sibuk menyanyi dan buat concert tour, gadis lincah kelahiran negara yang popular dengan somtam iaitu Thailand, masih sempat buat kebaikan kepada negara asalnya! Kap kun kap Lisa BLACKPINK! Bila nak datang bercuti di Malaysia pula, boleh Ainaa belanja nasi kerabu dan laksa Penang! Hehe..

via GIPHY

Baru-baru ini viral di social media bila Lisa dikatakan ada salurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa banjir di Thailand. Waaahhh, bagusnya Lisa! Even dah famous pun dia masih lagi ingat tentang kesusahan penduduk dekat sana. Ini barulah betul kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri!

Penyanyi kelahiran Buriram, Thailand yang berusia 22 tahun itu dikatakan telah menderma wang tunai sebanyak 100,000 Bath iaitu RM13,700! Banyak juga duit yang Lisa sumbangkan pada mereka semua. Semoga Lisa dimurahkan rezeki atas kebaikan yang dia buat.

For those yang tak tahu, Thailand dilanda banjir di beberapa kawasan yang mana dah tenggelamkan banyak rumah, jalan dan jambatan dekat sana. Seramai 23,000 penduduk hilang tempat tinggal akibat banjir dekat sana. Kesiannya!

Wang tunai yang Lisa sumbangkan tiu disalurkan pada akaun pelakon Dana Bin Bunleurit yang juga seorang sukarelawan yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan di Thailand. Akibat pertolongan Lisa yang sangat besar itu, ramai peminat gelar dia sebagai ‘Ratu Thailand’.

Image result for lisa and crown
Sumber gambar

Dekat sini kita dah nampak yang Lisa sememangnya tak lupa negara kelahiran dia walaupun dah berjaya di Korea Selatan sana. So girls, korang boleh jadikan Lisa sebagai contoh untuk berjaya okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sekolah Tutup? Jom Layan Movie School Genre!

Ini Aktiviti Indoor Special Untuk Korang Sempena Cuti Jerebu!