in ,

Lisa BLACKPINK Bertukar Jadi Barbie Doll?!

Aduhh, penatlah tengok kecantikan mek siam Lisa BLACKPINK! Bangun tidur cantik, makan cantik, dah makeup lagilah cantik!

Baru-baru ini Lisa baru je join fesyen show di Perancis sempena minggu fesyen 2019. Waktu fesyen show itu, ramai setuju yang Lisa nampak seperti Barbie Doll sebab dia comel sangat! Ainaa tengok pun memang nampak cantik sangat mek tomyam ini!

Kalau korang sendiri tengok gambar-gambar Lisa, bukan saja aura muka dia nampak lain tapi fesyen dia pun memukau jiwa tau! Kali ini Lisa muncul dengan fesyen yang berbeza daripada sebelum sebab dia nampak sangat fresh!

Ramai setuju yang fesyen Lisa waktu itu sama dengan Barbie Doll sebab cute! Kiranya Lisa Barbie Doll versi Thailand, hehe! Bukan itu saja, ada juga fans yang kata penampilan Lisa kali ini nampak macam Angelina Jolie! Uishh, bukan bashe-bashe Lisa..

View this post on Instagram

@lalalalisa_m ในลุคเรียบเท่ชมแฟชั่นโชว์ @celine คอลเล็กชั่น Spring/Summer 2020 ที่กรุงปารีส รอชมวิดีโอทักทายแฟนๆ โว้กแบบเอ็กซ์คลูซีฟได้ในอีกไม่กี่อึดใจนี้! #VogueReports #LisaBlackpink #celinebyhedislimane Photo by @chantapitch

A post shared by Vogue Thailand (@voguethailand) on

Sebab utama kenapa ramai kata Lisa macam Barbie Doll ialah sebab dia termasuk dalam kategori natural beauty! Barbie Doll tak pakai heavy makeup and more too natural look je, so samalah macam Lisa BLACKPINK.

Waktu fesyen week itu, Lisa pakai baju turtle neck warna putih yang dipadankan sekali dengan skirt labuh berkilat warna hitam. Then kasut pula boot tinggi warna hitam! Wuishhh, letop sis Lisa kita! Actually gaya yang Lisa tampilkan ini lain daripada penampilan orang Korea selalu gayakan. Well, mestilah sebab Lisa made in Thailand, hehe! Tapi Lisa pakai baju apa pun cantik.

Secantik cantik Lisa, korang pun cantik juga tau. Kita semua ada kecantikan dalam diri masing-masing. Bonus point kalau kita cantik luar dan cantik dalam. Barulah ramai orang sayang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Barang Penting Mesti Ada Dalam Bag!

K-Iyagi | Chung Ha Kena Kutuk, Taeyong Pembuli, X1 FAKE!?