in ,

Lip Tint Buat Bibir Lebih Hitam Tau!

Sumber Gambar: http://cantikalamedan.blogspot.com

Hello #Lunagirls siapa dekat sini ada masalah bibir gelap? Mesti ramai terfikir kenapa ye bibir mudah gelap, kalau nak tahu kulit bibir ni sangat nipis cuma terdiri daripada 3-5 lapisan sahaja berbanding kulit muka sebab itulah bibir mudah menjadi gelap. Kalini LUNARIA nak share macam mana nak atasi bibir hitam.

MAKEUP REMOVER

via GIPHY

Apabila pulang ke rumah, tanggalkan kesan gincu pada bibir dengan menggunakan β€œmakeup remover”. Jangan gosok terlalu kasar, lap secara perlahan sehingga bersih. Selain itu, korang boleh juga menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara untuk menanggalkan kesan.

SCRUB BIBIR

via GIPHY

Korang disarankan untuk melakukan scrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir dengan cara ini dapat memastikan semua pigment warna dari gincu dapat dibersihkan sepenuhnya. Lakukannya seminggu sekali, pasti bibir korang akan lebih lembut dan lembap.

LIP BALM

via GIPHY

Sebelum memakai sebarang gincu atau lip matte, sapulah lip balm terlebih dahulu sebagai perlindungan pertama pada bibir. Yang lebih elok pakai lip balm yang mengandungi SPF.

ELAKKAN LIP TINT

via GIPHY

Sebolehnya elakkan lap lip tint yang warna boleh kekal lama di kulit bibir sampai 12 jam. Kenapa? Sebab pigment warnanya akan bersentuhan lama dengan kulit bibir dan meningkatkan risiko bibir gelap.

Bibir gelap adakalanya buat wanita rasa rendah diri dan penggunaan lipstick antara yang dilihat dapat menutup kelemahan. Jadi harapnya dengan apa yang LUNARIA share ni dapatlah mengembalikan bibir korang yang merah pink tu hihi.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Hujung Tahun Dengan Family? Wahh Bestnya!

2019 Dah Dekat… Apa Azam #Lunagirls?