in

Life Hacks Kalau Nak Maintain Barang Makeup Tersusun

Penatnya setiap minggu nak kena kemas barang-barang. Baru tinggal sekejap dah berhabuk teruk, bersepah lagi semua berus makeup sekali..

Habuk boleh dikatakan salah satu β€˜musuh’ di dalam bilik kita. Maklumlah, bilik tempat kita luangkan masa sepanjang hari, lebih lagi kalau tengah merajuk memang lepak dalam bilik jawapannya. Habuk satu hal ditambah pula dengan barang tak bersusun walaupun dah selalu kemas. Korang biasa simpan barang makeup dekat mana? Dalam almari atau susun dekat atas meja makeup? Ada yang menghadapi situasi barang makeup berhabuk?

Sumber gambar: Twitter

For those yang selalu bergaduh dengan barang makeup, LUNARIA nak share dengan korang beberapa life hacks untuk maintain barang tak berhabuk dan tersusun dengan rapi selepas digunakan. Semoga korang akan manfaatkan tips ini sebaik mungkin…

BEKAS BERTUTUP

Sumber gambar: Pinterest

Biasanya kalau nak pakai makeup mesti korang akan guna berus kan? Baru la makeup dapat blend dengan mudah kalau dah pakai berus atau beauty blender. Tapi macam mana nak pastikan berus makeup korang tak berhabuk dengan mudah kalau biarkan dekat luar je? Jawapannya ialah korang kena letak berus tu dekat dalam satu bekas yang berpenutup. At least tak ada la habuk senang masuk ke dalam berus tu dan berus pun tak bersepah sana sini. Paling teruk pun korang kena bersihkan penutup bekas berus tu sahaja dan berus selamat daripada habuk. Cuma pastikan hujung berus tak rosak la kalau terkena dekat bekas penutup tu.

LETAK DALAM BEKAS KHAS

Sumber gambar: Imanabdulrahim

Asingkan setiap barang makeup korang tu mengikut kategori dan letakkan di dalam satu bekas yang berasingan. Contohnya kalau mascara letak bersama dengan kawan-kawan dia, foundation, eyeshadow dan semuanya sekali la. Bila dah ada dalam satu bekas yang sendiri, korang pun senang je nak cari dan habuk pun senang nak dibersihkan. Tetapkan dalam diri supaya sentiasa letak semula barang-barang dekat tempat asal waktu korang selesai pakai makeup tu.

BUANG MANA TAK GUNA

Sumber gambar: Pinterest

 

Biasa la perempuan ni, kalau boleh semua benda dia nak simpan taknak buang. Sayang katanya… Nasib baik ex tu tak simpan lagi, hehe! Cuba korang spend satu hari dalam bilik untuk kemas barang-barang makeup tu. Asingkan mana yang dah expired atau dah lama kemudian buang terus dan jangan simpan lagi barang yang dah tak digunakan. Sebab tu meja makeup korang selalu bersepah sebab penuh dengan barang yang dah tak digunakan je. Cuba kalau kemas tu, mesti banyak space lagi untuk letak barang makeup baru!

KENA DISIPLIN

Sumber gambar: Aliexpress

Nak atau taknak ini ialah penyelesaian utama yang perlu korang buat. Diri sendiri kena berdisiplin dengan barang-barang personal. Korang mesti taknak meja makeup tu asyik bersepah je tanpa organize? Sebab tu korang sendiri kena ubah sikap untuk maintain barang-barang tak bersepah selepas digunakan. Make sure lepas dah habis makeup letak semula dekat tempat asal, sentiasa pastikan barang-barang kemas dan rapi. Kalau ada habuk kena selalu bersihkan. Mana-mana barang yang dah lama atau memang tak digunakan, jangan la simpan lagi. Terus buang je supaya kawasan meja solek tu tak bersepah dengan barang yang tak berkenaan sebab nanti korang sendiri yang serabut.

Faham je benda paling susah nak buat ialah kemas semula lepas dah selesai makeup sebab that time kita dah lambat nak keluar. Tapi takkan nak terus tinggalkan bersepah macam tu je kan? Hehe! Good luck mengemas tu

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu Akan Buat Perut Korang Ada ‘Butterfly’

Trend Rambut ‘Skunk’ Jadi Tarikan Semula