in ,

Lewis Capaldi Spill The Tea Di Kuala Lumpur?

Sumber gambar: Lunaria

Now the day bleeds…Into nightfall…And you’re not here…To get me through it all…I let my guard down…And then you pulled the rug…I was getting kinda used to being someone you loved…

Woah! Mesti sambil baca lirik kat atas ini ramai yang nyanyi kan? Iya lah siapa sahaja yang tak kenal Lewis Capaldi kan? Penuntun lagu Someone You Love yang selalu kita dengar di radio hampir setiap hari. Lagu yang memang menyentuh hati ramai peminat dan pendengar lagu-lagu Lewis Capaldi penyanyi asal Scotland yang baru sahaja berumur 24 pada tahun ini. Hmm, mesti ada ramai antara korang yang pergi konsert dia semalam kan? Suka lah korang ya, dapat jumpa dia? Zoe sempat pergi press conference dia sahaja. Hehe!

Sumber gambar: Lunaria

Kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama Lewis jejakkan kaki di Malaysia dan cuba korang teka, waktu awal-awal sampai dia terus makan apa? Nasi lemak? Ha! Salah! Hehe, dia tak sempat makan makanan Malaysia tapi dia makan Monster Burrito di hotel yang dia tinggal. Haha! Katanya, dia expect dapat makan makanan Malaysia sebab kawan dia pernah cerita tentang Malaysia tetapi yang dihidangkan di hotel pada masa dia sampai sahaja adalah Monster Burrito yang mana saiznya Lewis cakap memang besar sangat sampai dia tak larat nak habiskan. 

Sumber gambar: Lunaria

Lelaki yang digelar The Male Version of Adele ini kata, yang dia sebenarnya sangat suka tahun 2019 sebab tahun lalu dah macam his year sebab dia berjaya dalam industri muzik dan dia bersyukur sebab ramai peminat suka lagu dia. Iyalah dah dia memang berbakat of course lah ramai yang suka dan sayang dia kan, setuju tak? Lepas itu, ada ke Lewis ini boleh pergi cakap bila pengacara tanya expectation dia untuk tahun 2020, dia nak reputasi dia menurun sikit sebab nak kasi chance untuk tahun 2021 nanti dia buat lebih baik. Haha! Eh mana boleh kan? Walau apa pun, korang jangan take serious sangat sebab Lewis ini memang kuat bergurau. Hehe!

 

View this post on Instagram

 

“No regrets” is what we said. 🐑 #fanboying #aboyjustcried

A post shared by Azrizan Anawar (@azrizannn) on

Lewis juga cakap, untuk tahun 2020 ini sebenarnya dia nak cuba siapkan album baru hujung tahun ini dan try to not make it terrible? Woah! Mesti gempak kan? Dan bukan setakat itu sahaja, katanya dia nak cuba kurangkan berat badan dia, haha! Bagusnya Lewis ini! Selain dari itu, Lewis juga berkongsi cerita macam mana perjalanan dia boleh jadi penyanyi yang dikenali ramai seperti sekarang ini dan rupanya ia sebab kena tinggal dengan girlfriend dia dan terus dapat inspirasi buat lagu. Hmm, mesti girlfriend dia menyesal tinggalkan dia kan? Tapi itulah, banyak juga sebenarnya kisah artis barat ini lepas break terus berjaya dalam industri hiburan kan? Memang sangat memberi inspirasi pada semua orang!

 

View this post on Instagram

 

Thousands of good , old memories ..disclaimer: perempuan sebelah yg memekak :’)

A post shared by افيق اسكندار (@mohamad.afiq_) on

Akhir sekali, Lewis Capaldi juga reveal yang kalau dia tak jadi artis sekarang ini mungkin dia jobless, akan stay di rumah main Playstation dan tinggal sahaja dengan parents tapi memang sampai sekarang pun dia tinggal dengan parents dia sebab katanya dia ”mama lil’ boy”. Woah! Anak kesayangan mother dia lah ni! Haha comel saja Lewis ini kan? Sambil itu, dia siap gelak-gelak dan malu-malu kucing beritahu kami pihak media ini yang mak dia masih cuci seluar dalam dia. LOL! Sangat TMI dari Lewis Capaldi ini kan?! Zoe harap tahun depan pun dia akan datang sekali lagi untuk album baru dia juga lah dan harapnya Zoe dapat grab tiket dia untuk konsert tahun depan. Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Style Tudung Untuk ‘Dating’

Checklist: Persediaan Dan Barang Wajib Bawa Ke Konsert!