in ,

Levi x Hello Kitty Bakal Melanda? Kena Beli Cepat Ni!

Sumber gambar: https://www.levistrauss.com/2019/08/01/meet-cute-introducing-levis-x-hello-kitty/

Weehooo! Hello Kitty akan collab dengan Levi’s?! Mesti lepas ni boleh beli seluar jeans yang ada corak Hello Kitty kan?

Siapa sini suka gila dengan Hello Kitty mesti rasa excited dengan news ni kan? Harus la sebab this is the first time kedua-dua jenama besar ni akan keluarkan produk baru!

Sumber gambar: https://www.levistrauss.com/2019/08/01/meet-cute-introducing-levis-x-hello-kitty/

Keluaran kali ni bersempena ulang tahun ke-45 Hello Kitty! Hello Kitty ni bukan je jadi favorite budak kecil tapi orang dewasa pun still suka juga patung kucing ketot comel ni.

Kolaborasi kali ni akan tampilkan banyak produk limited edition. Semua style pun more to street style which is casual but still cantik dan nampak bergaya at the same time.

Antara produk yang akan dikeluarkan pada bulan ni ialah t-shirt, demin jacket, tote bag, sweatshirt dan baggy overalls yang sangat comel! Edisi kali ni mesti akan jadi kegilaan ramai sebab semuanya memang comel.

Sumber gambar: https://www.levistrauss.com/2019/08/01/meet-cute-introducing-levis-x-hello-kitty/

Ainaa sendiri tengok rasa geram je dan tak sabar nak pergi beli semua benda ni. Maybe boleh jadikan keluaran kali ni as birthday gift pada your BFF yang suka sangat Hello Kitty?

For those yang dah tak sabar, korang boleh kunjungi butik Levi’s yang terpilih dekat seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ni. Starting price for all this product around RM69 hingga RM399. So, cepat-cepat bodek parents korang sebab sekarang ni diorang mesti dah masuk gaji kan, hehe!

Tapi jangan sampai terlampau memaksa, nanti risau diorang serang Ainaa pula sebab ajar korang pau duit parents.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lunagirls Day Out With Galactic Laser!

23 Juta Followers, Ini Benda Menarik Dekat IG Lisa BLACKPINK!