in ,

Lesung Pipit Tanda Kita Cacat?! 😱

Alahaii, dah la si dia tu memang handsome, tambah pula dengan lesung pipit dekat dua belah pipi tu… Haihhh, cair hati sis!

Amboi dia, bukan main puji crush ya. Korang pun mesti teringin nak ada lesung pipit juga kan? FYI, lesung pipit ialah lekukan dekat pipi yang seakan-akan menambah kemanisan dekat muka someone. Bukan je comel, orang yang ada lesung pipit ni beruntung tau sebab…

BUAT RAMAI TERTARIK

via GIPHY

Kalau awak tu dah semula jadi comel, tambah pula dengan ada lesung pipit, jadi double triple comel la! Lagi best bila ambil gambar, muka tak ready macam mana sekali pun, tetap nampak cute dan cantik! Ni mesti jenis yang camera ready even baru bangun tidur sekali pun.

HANYA 20% MANUSIA ADA LESUNG PIPIT

via GIPHY

Menurut beberapa kajian, hanya 20% manusia dekat dunia ni ada lesung pipit. Dalam kecomelan lesung pipit tu, sebenarnya mereka alami kecacatan. Tapi jangan risau sebab kecacatan ni tak effect pada diri korang pun. Korang still nampak cantik walaupun ada sedikit ‘kecacatan’ tu.

LEBIH CERIA

Sumber gambar: https://www.goodfon.com/wallpaper/litso-model-ulybka-aktrisa-ariana-grande.html

Bad mood macam mana pun orang tu, bila dia ada lesung pipit, still nampak happy je mukanya. Tak tengok lagi dia senyum, haihh aiskrim pun boleh cair tau tak. At the same time korang pun boleh tengok muka orang yang ada lesung pipit tu kalau tengah moody, mesti terus rasa happy je.

NAMPAK LAGI MUDA

Cuba korang tengok artis yang ada lesung pipit tu, semua nampak muda je muka diorang. Kira macam muka jadi baby face la, cute cute begitu. Pergi tengok dekat cermin sekarang, belek sikit muka korang, maybe nampak macam lagi muda lima tahun? Hehe! Terus nampak macam muka budak sekolah rendah ya.

Jangan sedih okay girls kalau korang tak ada lesung pipit, tak semestinya korang ni tak cantik atau cute! Semua orang dilahirkan cantik belaka. Love yourself okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Life Hacks: Emergency Waktu Period

Phone Android Hilang? Ni Cara Simple Untuk Cari!