in ,

Lepasni Jangan Main Gosok Je Tudung Tu…

Aduhh kenapa boleh terbakar pula tudung ni?! Dah buka yang paling perlahan but still boleh terbakar jugak!

Hi sis, tengah stress ke tu dengan tudung mahal yang baru lepas terbakar tu? Dah bertahun pakai tudung but still tak tahu berapa suhu yang sepatutnya digunakan waktu iron tudung ikut jenis tudung…

TUDUNG KAIN JOJET

Sumber gambar

Kain tudung paling diminati oleh ramai hijabis sebab senang untuk digayakan. Kebanyakan hijabis akan pakai tudung jenis kain jojet ni dengan anak tudung jenis cotton sebab kain jojet ni agak licin. So bila pakai anak tudung cotton, ia akan dapat ‘cengkam’ kain tudung tu sendiri. Just gunakan suhu antara tiga atau empat sebab kain jojet ni susah nak kedut tapi lebih elok kalau sembur dengan air sekali waktu nak gosok sebab ia akan memudahkan lagi kerja korang.

TUDUNG BERMANIK

Sumber gambar

Ya ampun! Punya la susah nak iron tudung yang bermanik ni. Macam naik roller coaster pula sebab ada banyak ‘bonggol’ dihadapan! Takkan korang sanggup hadap ‘bonggol’ tu? Habis rosak tudung tu nanti. Terbalikkan je tudung waktu nak iron untuk memudahkan kerja dan manik tak tertanggal. Gunakan suhu rendah atau sederhana je sebab takut gam manik tercabut.

TUDUNG SELENDANG LICIN

Sumber gambar

Ramai selebriti memilih untuk pakai kain licin macam ni sebab nampak lebih anggun dan senang nak bentuk dekat bahagian ‘muncung’ tudung. Suhu yang sesuai ialah antara dua dengan tiga je sebab kalau panas sangat, takut kain akan mengecut! Elok tudung tu 2meter, terus jadi 1 meter pula. Kalau nak lagi cantik, padankan dengan anak tudung cotton supaya tudung tak ‘bergerak-gerak’

TUDUNG JENIS BAWAL/COTTON

Sumber gambar

Antara banyak-banyak jenis tudung atau kain tudung yang ada, kain cotton la yang paling dapat sambutan dalam hati kebanyakan hijabis. Korang hanya perlu guna suhu sederhana je sebab kain cotton ni senang je nak iron. Nak lagi senang, waktu iron tu spray sekali dengan air pelembut supaya tudung tak mudah kedut dan lebih wangi.

Lepas ni tak ada la alasan salah gunakan suhu waktu iron tudung. No more drama air mata tudung terbakar sebab suhu iron panas sangat. Jangan lupa share info ni dekat semua girls out there!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Student Jepun Pun Minat Nak Belajar Tulisan Jawi

5 Perkara Kita Kena Cuba Bulan September!