in ,

Lepasan SPM! Ini Mungkin Course Yang Kurang Peluang Pekerjaan

Sumber gambar: smkbkmk.wordpress.com

Jadi, semalam sudah keputusan SPM untuk calon tahun 2019 sudah keluar. Korang semua mesti ramai yang teruja dan tak sabar untuk mohon UPU supaya cepat masuk belajar. Sebelum itu, nak tanya juga korang semua, dah fikir ke korang nak ambil course apa? Kalau korang nak mohon sesuatu course itu, apa yang korang perlu semak adalah subjek apa yang bakal korang belajar, apakah peluang pekerjaan yang disediakan dalam course yang korang ambil dan adakah pada masa depan nanti course korang itu masih ada peluang pekerjaan. Jadi untuk lepasan SPM, jom kita tengok course apa yang mungkin tidak banyak peluang pekerjaan untuk graduan nanti.

PERAKAUNAN

Sumber gambar: rmit

Untuk pengetahuan korang salah satu jawatan profesional yang ramai pelajar nak jadi adalah akauntan akan tetapi korang juga perlu tahu yang course yang memerlukan kelulusan profesional dan tidak memerlukan sumber pekerja yang ramai. Oleh sebab itu juga, saingan antara korang semakin ramai dan kerana terlalu sengit, ramai juga yang menganggur dan tidak bekerja dalam bidang yang korang belajar ini pun.

PERNIAGAAN

Sumber gambar: research.umn

Macam course perniagaan ini seperti yang kita tahu ia melibatkan perakaunan, kewangan, pengurusan, pemasaran, peruncitan dan banyak lagi dari segi pengurusan perniagaan. Disebabkan memang ramai sangat pelajar dalam bidang perniagaan, memang semakin banyak cabaran untuk merebut peluang pekerjaan di antara korang.

SAINS SOSIAL

Sumber gambar: pasadena

Sains sosial ini melibatkan politik, sejarah, psikologi, sosiologi, geografi, falsafah, hubungan antarabangsa dan komunikasi. Kebanyakan course yang ditawarkan dalam sains sosial kebanyakan lebih laku di negara luar tetapi di negara kita agak kurang sebab tidak banyak organisasi yang mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang ini.Β 

SENI

Sumber gambar: pinterest

Tidak ada sebarang perincian khusus untuk course seni tetapi apa yang boleh kita akui kebanyakan pelajar dan graduan jurusan seni ini memang bakat mereka memang luar biasa. Ini juga mungkin disebabkan faktor di negara kita tidak banyak masyarakat yang menghargai seni secara mendalam seperti masyarakat di negara Timur Asia, Barat, Eropah dan beberapa negara yang lain.

PENTADBIRAN

Sumber gambar: hotelinstitutemontreux

Pentadbiran pun antara salah satu course yang mempunyai lambakan graduan yang paling meningkat persaingannya. Bidang ini juga kebanyakannya organisasi lebih suka mengambil pekerja walaupun dari lepasan SPM sahaja. Jadi, disebabkan hal itu iaitu kerana kos untuk membayar pekerja ingin mereka kurangkan. Organisasi lebih memilih untuk mengambil graduan yang lebih rendah pendidikannya untuk bayar murah.

Memang semua itu kita boleh sahaja nak belajar, tetapi korang memang wajib untuk fikirkan apa yang terbaik untuk diri korang lebih lagi korang adalah generasi yang akan hadapi Revolusi Industri keempat (IR 4). Sebaiknya, generasi korang buat kajian dan pembacaan sedikit untuk ambil tahu course apa yang bersesuaian dengan IR 4 nanti yang kebanyakannya melibatkan teknologi, kejuruteraan, kajian dan lain-lain. Memang tak dinafikan juga, peluang pekerjaan itu nanti tergantung kepada rezeki masing-masing tetapi lebih baik kita fikir juga secara logik sama ada peluang pekerjaan pada masa akan datang relevan atau tidak pada masa itu sebab dunia kan semakin canggih dan berkembang.Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SMK Damansara Damai 1 Catat Peningkatan SPM 2019

Tak Kisah Apa Orang Cakap, Bibi Kekal Positive