in ,

Lepasan SPM 2019! Jangan Lupa Mohon Kemasukan Universiti!

Sumber gambar: freemalaysiatoday.com

Ha! Korang yang lepasan SPM tahun 2019 tahu atau tidak yang bermula hari ini 24 Februari, korang dah boleh membuat permohonan untuk masuk ke institusi pengajian tinggi. Korang kena ambil tahu dan pastikan semua tarikh mula dan akhir permohonan, sebab takut terlepas. Kita tak nak nanti korang masuk belajar lambat, walaupun ada yang mampu untuk pergi ke swasta. Jadi jom kita tengok cara atau panduan untuk korang memohon kemasukan Universiti, sebab mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang tak tahu, betul tak? 

NOMBOR PIN

Sumber gambar: infoupu

Bila permohonan kemasukan UPU sudah dibuka, antara yang pertama yang perlu korang buat adalah bawa kad pengenalan korang ke bank BSN dan pergi ke kaunter dan cakap yang korang nak beli nombor pin untuk permohonan UPU lepasan SPM. Ya, perlu cakap untuk lepasan SPM sebab di bank BSN, mereka jual banyak nombor pin untuk banyak permohonan dan korang jangan hilangkan pula sebab satu kad pengenalan korang itu untuk satu nombor pin. Nanti kalau hilang, rugi duit korang kena beli semula. Bila dah beli terus snap gambar dan simpan dalam nota phone korang okay!

ISI PERMOHONAN LENGKAP

Sumber gambar: infoupu

Seterusnya, bila korang dah buka akaun daftar dan isi nombor pin di laman web UPU, korang perlu isi semua permohonan kemasukan korang itu dengan lengkap. Memang agak banyak benda yang perlu korang isi dan apa yang penting pastikan semua maklumat yang diisi itu adalah tepat dan benar seperti surat beranak, kad pengenalan dan semua keputusan peperiksaan korang sebelum ini seperti UPSR ke, PT3 ke ikut apa yang borang itu minta korang isi.

PILIH COURSE DENGAN BAIK

Sumber gambar: malaysia gazette

Selain itu, semasa korang ke bahagian pemilihan course pula, pastikan korang membuat pilihan yang betul dan fikirkan masak-masak. Ini sebab, jika korang tidak fikirkan pilihan course korang dengan baik, risau nanti bila sudah masuk belajar korang nak tukar course di pertengahan semester pula. Itu dah membazir duit pengajian korang. Sekurangnya, bila korang mohon course yang korang nak tetapi tidak dapat sebab tidak layak atau bukan rezeki, nanti akan ada tempoh rayuan permohonan dan pada waktu itu, korang boleh ada peluang kedua untuk membuat rayuan permohonan.

ALERT TARIKH PENTING

Sumber gambar: infoupu

Untuk pengetahuan korang 31 Mac ini adalah tarikh permohonan UPU akan ditutup. Jadi, dalam tempoh lebih kurang sebulan ini korang kena buat permohonan. Biasanya, web trafik akan sesak dan akan mengambil masa untuk korang mohon. Iyalah, korang nak kena bersaing dengan puluhan ribu pemohon lain dari satu Malaysia. Selain itu, korang kena ambil tahu juga tarikh semakan permohon, tarikh rayuan permohonan dan tarikh kemasukan UPU dan lain-lain.

Jadi, selepas ini kalau korang dah tahu cara nak memohon kemasukan Universiti, bolehlah korang beritahu dan ajak kawan-kawan lain untuk mohon sekali. Iyalah, tak akan kita seorang sahaja nak pergi sambung belajar dan berjaya? Dan selain itu, korang juga kena rajinkan diri untuk ambil tahu sedikit latar belakang, apa peluang pekerjaan dan apa yang bakal korang belajar dalam course yang korang mohon itu sebab nanti sekurangnya diri korang dah bersedia untuk masuk belajar.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kanak-Kanak Kerdil Mangsa Buli Didakwa Penipu?

Taman Bunga Matahari Kini Ada Di Malaysia?!