in

Lepasan SPM 2018 Kena Ingat Tarikh Ni!

Sumber gambar: http://www.seorangsyed.com

Selamat petang #Lunagirls! Shout out for 2018 SPM candidates! Korang dah ready untuk ambil result tak lama lagi? LUNARIA doakan yang terbaik untuk our girls.. kita tawakal sama-sama okay! Harini LUNARIA kongsikan tarikh penting yang korang kena take note dan buat reminder dekat phone supaya tak terlepas untuk sambung belajar!

25 FEBRUARY 2019

Sumber gambar: http://www.spa8i.net

Cepat set reminder girls! Permohonan UPU online dan jualan nombor pin unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal dibuka pada 25 February 2019 jam 12 tengah hari! Tak lama lagi dah tu, ada lagi 9 hari je.. so korang make sure untuk beli secepat mungkin supaya boleh isi borang UPU awal okay? Nanti boleh beli dengan kawan-kawan korang..

1 APRIL 2019

via GIPHY

Stop! Pada 1 April 2019, jualan nombor pin unik ID di BSN akan di tutup! Jaga-jaga girls.. jangan lupa untuk beli sebelum 1 April okay? Nanti menyesal tak sudah.. Huhu! Tak rugi pun beli awal-awal sebab unik ID korang boleh guna untuk log in banyak kali.. Dan kalau beli awal, korang akan ada masa untuk buat pilihan jurusan nak sambung study nanti!

2 APRIL 2019

Sumber gambar: www.videoblocks.com

Sehari selepas jualan nombor pin tamat, permohonan UPU online pun akan di tutup! Kalau #Lunagirls beli nombor pin unik ID pada 01 April 2019, pastikan korang terus isi borang permohonan online tau! Cuba bincang dengan parents jurusan mana yang terbaik untuk masa depan.. Ingat girls, pilih jurusan yang kita nak dan jangan ikut kawan okay?

17-20 APRIL 2019

Sumber gambar: voize.my

Kalau #Lunagirls mohon jurusan yang ada panggilan interview, tarikh ni penting untuk korang tahu! Pada 17 hingga 20 April 2019, korang dah boleh lakukan semakan panggilan interview untuk lepasan SPM! Jangan lupa untuk set reminder okay girls!

21-29 APRIL 2019

via GIPHY

Korang dah bersedia nak di interview? Pastikan 21 hingga 29 April 2019 korang dah prepare dengan yakin korang boleh bawa jurusan pilihan korang tu! Tarikh temu duga dijalankan bergantung pada jurusan masing-masing, so make sure korang alert dengan tarikh yang mereka bagitahu okay? Jangan nervous, you can do it!

MEI 2019

via GIPHY

Yay! Bulan Mei 2019 nanti, #Lunagirls kena get ready untuk tahu keputusan permohonan kemasukan lepasan SPM ke Universiti Awam (UA) atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)! Dan pada yang tidak berjaya, jangan risau.. korang boleh terus buat rayuan pada bulan yang sama.. Masih ada peluang lagi #Lunagirls!

Korang dah set kalendar dekat phone? Kalau takut lupa, print artikel LUNARIA ni tampal dekat peti ais! So hari-hari bila buka peti ais korang akan ingat! Hehe! Jangan lupa untuk ingatkan kawan-kawan korang tarikh penting ni okay?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Koleksi Parodi Si Nopal Oleh Artis-Artis Malaysia!

Pakai Tudung Rambut Busuk? Eeeww!