in ,

Lepas STPM, Nak Kahwin? Oh No ๐Ÿ˜ฑ

Sumber gambar: selangorkini.my

via GIPHY

Hello #Lunagirls, siapa dekat sini ambil keputusan STPM hari ini? #Yeay. Jadi macam mana girls, semua baik-baik je kan. Happy tak dengan keputusan korang? Apa pun keputusan korang kena terima dengan hati yang terbuka tau, jangan bersedih dan teruskan langkah korang untuk mengejar cita-cita. Bagi yang masih tertanya-tanya nak buat apa lepas STPM ini, jangan risau Ummi nak kongsikan sedikit tips hala tuju korang lepas STPM.

BELAJAR ATAU KERJA

via GIPHY

Erm! Kalau Ummi kata better belajar dari kerja, korang setuju tak? Sebabnya sijil STPM ini hanya bertahan selama lima tahun saja, lepas itu dah tak boleh guna lagi. Hmm, rugikan? Kalau korang sambung belajar terus dapat degree. Jadi girls buat keputusan dengan bijak!

PILIH KURSUS UNIVERSITI

Sumber Gambar: http://visarepublicbd.com

Ha! Susahkan jadi adult ni, sebab korang kena buat keputusan yang tepat supaya tak tersalah jalan #gitu haha. Jadi #Lunagirls dah tahu nak ambil course apa degree nanti, nak masuk IPTA atau IPTS? Kalau yang dah ada pilihan, bagus sebab buat persediaan awal. Tapi kalau belum, better fikirkan course yang sesuai, dan mengikut minat korang.

ISI BORANG UPU

Sumber Gambar: https://www.infoupu.com

Eh! Korang dah isi belum borang UPU? Kalau belum itu cepat-cepat isi ya, rebut peluang untuk menempah diri ke universitiย kerajaan haha, macam iklan. Sebenarnya UPU ini perlu di isi sebelum keputusan keluar tau, then lepas je keputusan keluar korang kena cepat-cepat kemas kini. Bila korang lambat nak apply UPU, jadi makin tipislah peluang korang walaupun resultย  korang gempak.

KERJA PART TIME

via GIPHY

Eh! Sambil tunggu keputusan UPU itu, janganlah goyang kaki je. Apa kata korang kerja part time.ย Ha! Nanti gaji boleh simpan duit untuk sambung belajar, dan at the same time, korang bolehย gainย experiences dalam dunia pekerjaan. Kalau korang terbiasa duduk rumah, nanti jadi malas bila dah kena start class hihi.

Apa yang Ummi nak cakap segala keputusan di tangan korang. Ini adalah masa depan yang korang kena corak dan tentukan girls. Ummi ucapkan tahniah kepada #Lunagirls yang dapat result hari ini #bighug. Bagi yang tak bernasib baik, jangan sedih sebab dekat luar sana masih banyak lagi peluang yang boleh kita kejar.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cantik Cara Jimat! Kita DIY Je..

Get Ready Bag ‘Emergency’ Waktu Period!