in ,

Lepas Seungri, B.I Pula Kantoi Dadah! Betul Ke?!

Sumber gambar: https://inikpop.com/11-lagu-yang-ditulis-oleh-b-dengan-lirik-paling-emosional-part-1/

Satu demi satu selebriti K-pop terpalit dengan skandal dadah sampai menjejaskan periuk nasi mereka. Latest, ketua kumpulan iKON iaitu Kim Han-bin atau B.I tak lagi seorang ahli iKON dan dikatakan dah dibuang daripada agensi YG Entertainment.

Disebabkan kes dadah tersebut, B.I dah keluarkan surat permohonan maaf untuk semua peminat setianya sekaligus umumkan keputusan untuk keluar daripada kumpulan yang dah bersama dengannya selama 4 tahun. Semua peminat nampaknya sangat kecewa dengan berita yang mengejutkan tu.

Kes ni mula naik bila ada satu agensi dedahkan B.I cuba untuk beli dadah jenis ganja dan LSD (asid lysergic diethylamide) pada tahun 2016 dulu cuma tak disiasat dengan lebih lanjut. Kiranya kes ni dah lama tapi pihak YG Entertainment baru nak ambil tindakan since nama iKON dah mula dikenali oleh ramai peminat.

Satu perbualan antara B.I dengan seorang individu dikenali sebagai A menunjukkan yang B.I cuba untuk dapatkan dadah jenis LSD tapi dia macam was-was sama ada nak ambil atau tak sebab tak tahu keberkesanan dadah tu sendiri.

Since B.I dah umumkan penarikan dirinya daripada iKON, YG Entertainment pun mengesahkan berita tu dan secara rasminya segala kontrak B.I telah dibatalkan. Di Instagram YG Entertainment sekarang dah ramai iKONIC serang dekat ruangan komen dan berharap supaya B.I tak dibuang daripada kumpulan iKON.

BTW, sekarang ni seramai 350,000 tengah buat petition supaya YG Entertainment tak dikeluarkan daripada kumpulan iKON. Bukan tu je, nama B.I pun trending dekat Twitter sebab ramai fans tak puas hati dengan keputusan yang dah dibuat. Harapnya semua iKONIC tetap tenang dan keep  on supporting iKON!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Rambut Untuk Girls Rambut Nipis!

Mood Raya Spoil Kalau Korang ……