in , ,

Lepas Pinjam Barang, Pulangkan Balik Please!

Sumber gambar: iStock
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Ehh mana pergi pen tadi? Laaaaa, highlighter pun hilang juga.. Amboiiii stationery ni semua ada kaki ke sampai boleh hilang macam ni??

Haa, mana pergi barang-barang korang tu semua? BFF pinjam? Ainaa faham.. mesti korang rasa serba salah nak minta balik kan?ย Macam mana agaknya cara untuk minta semula barang-barang tu tanpa buat dia terasa ya? Jom tengok cara yang Ainaa dah senaraikan untuk korang…

BELIKAN UNTUK DIA

via GIPHY

Firstly, why not korang senaraikanย balik apa agaknya barang yang kawan baik kita tak ada! Kalau setakat barang kecil-kecil tu, boleh la korang belikan untuk dia juga.. kira belanja dan hadiahkan pada dia! Lepas dah bagi barang tu, minta balik barang korang yang ada pada dia! Hehe! At least korang masing-masing ada barang yang sama!

MINTA BAIK-BAIK

via GIPHY

Kita beli barang keperluan semua gunakan duit.. Takkan kita beli mahal-mahal, orang lain pula yang guna? Bila kawan baik pinjam dan belum pulangkan lagi, apa kata korang cakap baik-baik yang korang nak balik barang yang dia pinjam tu. Ainaa percaya kalau kita minta elok-elok, mesti dia akan bagi punya.. Mungkin mula-mula tu dia terlupa nak pulangkan semula dekat korang! #Husnuzon

PERLI ‘BAIK’

via GIPHY

Kalau tips Ainaa sebelum ni tak jalan juga, maknanya #Lunagirls kena bertegas sikit! Barang tersebut hak korang tau.. Cuba cakap depan si peminjam macam ni, “Saya rasa haritu ada beli highlighter baru, tapi sekarang dah hilang dah. Tak tahu letak dekat mana” Haa, mungkin dengan cara tu dia akan sedar yang dah lama sangat barang korang tu jadi ‘hak milik sementara’ dia. Hehe! Nak perli tu boleh tapi jangan sampai menyakitkan hati orang lain ya?

REDHA DAN BERDOA

Sumber gambar: Suara Muhammadiyah

Last solution yang boleh korang buat ialah berdoa dekat Allah dan redha dengan ketentuan-Nya.ย  Takpa la kalau setakat dia ambil barang stationary tu, kira halal je la okay #Lunagirls? Mungkin bukan rezeki korang.. Tak kan sebab satu pen kita nak gaduh dengan BFF kan?ย Satu hal pula putus kawan sebab tak pulang barang..

via GIPHY

Ada tak #Lunagirls yang pernah alami situasi macam ni? Biasanya apa yang korang akan buat? Kalau Ainaa akan minta dulu baik-baik tapi tak bagi juga, redha je la. Malas nak gaduh sebab benda kecil. Korang pula macam mana?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelab & Persatuan Paling Gempak Dekat Sekolah!

Best Friend Challenge: Crush Dia Faiz Roslan?