in ,

Lepas Kena Banned, Harga Huawei Jatuh 90%

Sumber gambar: https://www.techradar.com/news/huawei-suffers-major-android-setback-as-google-pulls-access-to-core-apps-and-services

Wow! Kuat betul impak yang terjadi pada syarikat telefon Huawei lepas pihak Amerika Syarikat ‘mengharamkan’ pengunaan phone tersebut dekat sana. Nampaknya sekarang ni semua peniaga telefon dekat Amerika Syarikat diwajibkan untuk memutuskan segala urusan jual beli dengan pihak Huawei.

Sebab kan perkara tu, bisnes phone Huawei dekat Amerika Syarikat dikatakan mengalami kerugian besar akibat tak ada pembeli. Bukan tu je, segala syarikat teknologi pun mula putuskan hubungan bisnes dengan syarikat Huawei. Salah satunya ialah pihak Google sendiri yang terpaksa menamatkan perkhidmatan dengan syarikat telefon terbesar di China tu.

Sumber gambar: https://www.gadgetsnow.com/mobile-phones/Huawei-P30-Pro

At the same time, ada laporan mengatakan penjualan phone Huawei dah mula menjunam sehingga 90%! Sampai macam tu sekali?! Ada juga information yang mengatakan harga penjualan semula phone Huawei tak sampai 100 pound which is hanya la RM530 sahaja untuk phone Huawei P30 Pro walhal waktu dijual dekat sana harganya mencecah 899 pound( RM4,755).

Kalau Huawei P30 Pro pun dah murah macam tu, inikan pula P20 Pro yang hanya dapat dijual semula pada harga tak sampai RM300 pun. Nampaknya harga beli dan jual semula jauh berbeza berkali ganda.

Sumber gambar: https://www.caledonianrecord.com/news/world/huawei-asks-court-to-deem-us-security-law-unconstitutional/article_5cfe2d37-9149-5a19-8548-708b492551c4.html

Ada juga a few kedai dekat negara Asia lain dah tak terima kalau ada customer nak jual semula phone Huawei diorang. Tapi sekarang ni pihak Huawei still lagi dalam usaha untuk menaik taraf perkhidmatan diorang supaya jenama ni dapat naik semula dan jadi pilihan ramai pengguna sebab pihak diorang sendiri percaya yang masalah ni akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Since tahun 2012 lagi, Huawei dilaporkan dah kembangkan sistem operasi (OS) alternatif sendiri andai kata perkara macam ni terjadi. Katanya sistem tersebut akan siap pada bulan September ni kalau semuanya berjalan dengan lancar. Huawei akan muncul semula dengan sistem ‘HongMeng OS’ dan kemungkinan akan keluarkan phone baru diberi nama Huawei P40 Pro pada awal tahun depan. Sistem operasi tu bukan je akan diterapkan pada smartphone dan tablet tapi juga pada laptop sebagai ganti pada Windows 10.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Crushku Rupanya Saudara Jauhku!

Baju Raya Terkena Rendang? Guna Tips Ni…