in ,

Lepas Kad Raya, Resepi Kuih Pun Ada Di Hujung Jari Je!

Sumber gambar: www.aswaleyla.com

Nak tolong mak buat kuih raya tapi tak tahu what kind of kuih yang nak dibuatnya. Tak nak beli sebab mesti tak rasa sedap sangat, then mahal pula tu.

Nak buat kuih raya ke? Haaa, jangan risau la kalau tak ada idea nak buat kuih raya apa sebab sekarang ni ada apps yang didalamnya ada banyak sangat resepi kuih raya. Haritu kad raya hujung jari, now kuih raya hujung jari pula ya?

RESEPI BISKUT RAYA

Sumber gambar: Google Play

Jangan bagi alasan tak ada idea sebab dalam apps ni ada banyak pilihan resepi biskut raya. Semua kuih yang ada dekat dalam ni ialah kuih raya tradisional dan resepi pun mudah je. Tak perlu dah nak buka buku resepi atau Google resepi setiap kali nak buat kuih raya.

100 RESEPI BISKUT RAYA SEDAP 2019

Sumber gambar: Google Play

Ada 100 resepi kuih raya yang berguna untuk korang buat before Hari Raya ni. Tak cukup banyak ke kalau dah ada 100 resepi? Kalau tak ada idea juga tak tahu nak cakap apa korang ni. Dah hujung jari pun tak ada idea lagi. Tapi kalau mengikut review yang ditinggalkan, ada a few gambar tak sama dengan resepi yang diberikan.

RENDANG MASTER RECIPE- HARI RAYA AIDILFITRI

Sumber gambar: Google Play

Takkan nak buat kuih raya je kan? Mesti la nak masak makanan lain pada pagi raya? Untuk masakan pula, apps ni ada amcam-macam cara masakan rendang. tak kisah la ayam ke, kambing, daging sekali pun. Masakan rendang cara Melayu, Indonesia atua Jawa semuanya tersedia dekat dalam apps ni. Korang boleh la explore apps ni sebab banyak gila resepi rendang yang kita boleh cuba tau.

SEMINIT RESEPI

Sumber gambar: https://lancareno.com/2018/11/belajar-memasak-dengan-bantuan-video-seminit-resepi.html/

Kalau korang kaki tengok resepi dekat Youtube, maybe pernah jumpa account popular ni. Seminit Resepi ada macam-macam resepi buat kuih dan masakan yang simple dan tak ambil masa yang lama pun. Tak perlu susah -susah nak buka Youtube untuk tengok resepi diorang, tengok dekat apps pun dah boleh ya. But be careful sebab takut nanti korang ‘termakan hasutan’ apps ni sampai banyak sangat kuih yang nak dibuatnya.

Lepas ni tak ada dah alasan tak ada internet sebab apps tu boleh digunakan even data internet perlahan. FYI, apps Seminit Resepi je yang ada dekat Apps Store and the rest hanya boleh didapati dekat Play Store dan Google Play juga. So, apa lagi? Kena la beli phone Android dengan iOS. Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sibling Suka Mengelat Kemas Rumah? Balas Dengan Cara Ni…

Ramadhan Special #4: Shopping Raya Bawah RM20?!