in ,

Lepas Instagram & Facebook, WhatsApp Pun Ada Iklan?!

Sumber gambar: https://www.androidpit.com/new-in-whatsapp-more-ads-more-products-more-business

Aikk? Tak cukup waktu tengah tengok video dekat Facebook kena tunggu sampai iklan habis, tengah syok tengok Instastory ada iklan.. Ni dekat Whatsapp pun nak ada iklan juga? Susah la nak chat lepas ni asyik nak kena tunggu iklan habis baru boleh reply.

Wooppsss jangan risau girls, sebab benda ni mungkin akan mula aktif pada tahun 2020, so banyak masa lagi nak ‘prepare diri’. Pengguna akan mula nampak iklan dekat bahagian Status Whatsapp, sama je macam waktu korang tengok Instastory dekat Instagram. Korang boleh decide sama ada nak buka iklan tu ataupun tak.

Sumber gambar: https://www.tekno-bytes.com/fitur-baru-dan-iklan-whatsapp-2020.html

Sama je macam fungsi Instastory, gambar dan nama contact akan berubah jadi nama dan gambar iklan yang ‘lalu’ dekat Whatsapp korang. Kalau korang rasa iklan dekat Instagram tu annoying, iklan dekat Whatsapp ni lagi annoying sebab ia akan jadi full screen dekat phone korang.

Dengan adanya iklan dekat dalam status Whatsapp ni, perniagaan jual beli akan jadi lagi mudah pada masa hadapan. Produk jualan dalam iklan akan dibahagikan pada banyak kategori at the same time kita akan dapat buka satu katalog iklan tanpa tutup tab Whatsapp tu.

Sumber gambar: https://bgr.com/2019/05/22/whatsapp-ads-coming-2020-status/

Macam yang korang tahu, Facebook, Instagram dan Whatsapp ialah dibawah bumbung yang sama, so keputusan ni dah dibuat waktu perjumpaan Facebook Marketing Summit dekat Netherlands pada minggu lepas. Sebab tu satu persatu fungsi story dan iklan diadaptasikan pada setiap media sosial.

Apa pendapat korang tentang perubahan baru ni? Adakah ianya menyusahkan atau menyenangkan pengguna untuk shopping online? Btw ada yang kata bila Whatsapp dah buat iklan macam ni, ramai yang akan ‘berhijrah’ ke Telegram. Apa pun kita tunggu update pada tahun depan okay.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Prepare Muka Cantik Pagi Raya!

Bagi Kad Raya Pun Guna Hujung Jari Je