in ,

Lepas Dua Tahun, Lee Min Ho Kembali Berlakon

Sumber gambar: thejakartapost.com

Lee Min Hoo oppa! All time favorite drama lakonan Lee Min Ho mesti la Boys Over Flower!

Siapa suka drama lakonan Lee Mon Ho jom kita geng! Ainaa pun memang suka sangat dengan Min Hoo ni. Dah la tinggi lampai, bonus handsome and cute pula tu. Semua drama lakonan dia memang sangat best sampai rasa nak repeat banyak kali.

via GIPHY

Min Ho seperti kita ketahui sudah berusia 33 tahun, mula terkenal semenjak dia berlakon dalam drama Boys Over Flower pada tahun 2009. Di sebabkan drama BOF, Min Ho telah memenangi anugerah Best New Actor untuk Baeksang Arts Awards. Tak lama lepas tu Min Ho muncul kembali dalam drama Legend of The Blue Sea pada tahun 2016 yang mana drama tu turut menjadi kegemaran ramai.

Sebelum ini Min Ho pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan Suzy Miss A. Hubungan cinta mereka hanya berkekalan selama tiga tahun sahaja sebelum berpisah buat selamanya. Sebab utama mereka berpisah ialah untuk memberi fokus kepada kerjaya masing-masing. Walaupun dah berpisah, mereka berdua masih lagi berhubung seperti kawan biasa. Tapi sekarang ni tak tahu pula Min Ho bercinta dengan siapa. Maybe dia nak bagi fokus dulu dalam kerjaya?

Image result for lee min ho dan suzy
Sumber gambar: Era

Selepas dua tahun ‘hilang’ daripada industri perfileman, akhirnya kini Min Ho muncul semula dengan karya baru. Ini disebabkan kerana sebelum ini Min Ho sibuk dengan latihan ketenteraan yang diwajibkan buat semua penduduk Korea Selatan. Min Ho telah menamatkan latihan ketenteraannya pada bulan Mei tahun lepas. Waktu dia habis training tu bukan main ramai fans yang ternanti-nantikan kemunculan semulanya. Tapi takkan lepas habis training terus nak mula berlakon kan? Of course la berehat sekejap, lepastu baru la boleh fikirkan tentang kerjaya.

Baru-baru ini Min Ho telah digandingkan dengan heroin drama Goblin iaitu Kim Go Eun yang mana drama mereka itu telah mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Image result for lee min ho 2020
Sumber gambar: Kdramapal

Tajuk drama gandingan mereka berjudul The King: Monarch Eternal yang mana mengisahkan tentang kisah dua alam semesta. Min Ho membawa watak sebagai seorang Maharaja Lee Gon yang cuba untuk menutup pintu antara dua dunia. Manakala Kim Go Eun pula membawa watak sebagai seorang detektif Jung Tae Eul yang telah bekerja dengan maharaja untuk melindungi orang ramai.

Kalau korang tengok trailer dekat Youtube, drama The King: Monarch Eternal ada sedikit vibe macam drama Goblin. Ala-ala kehidupan zaman dahulu tentang kerajaan diraja. Drama ini telah dihasilkan oleh Kim Eun Sook yang  tidak pernah mengecewakan sebelum ini.

Image result for lee min ho
Sumber gambar: Soompi

Jangan risau sebab drama ni masih lagi menanti detik tayangan, akan menemui penonton pada April tahun ini juga. Korang mesti dah tak sabar kan sebab Ainaa sendiri tak sabar nak tengok drama ni lagi-lagi sebab ada Lee Min Ho.

Harapnya jalan cerita drama ni tak sama la macam Goblin sebab kalau boleh taknak la ada drama yang sama macam Goblin. Tapi kalau ada vibe Goblin, harap juga tak sedih sebab penat menangis tengok Goblin, hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Filem Postpone Sebab COVID-19

Elak Pegang Atau Sentuh Benda Ini Untuk Cegah Jangkitan