in ,

Lepas Balik Sekolah Nak Buat Apa Ya? Tidur Ke Lepak?

Sumber gambar: https://www.habkorea.net/tour/korean-school-uniform-photo-snaps/

Balik sekolah terus tidur? Aikkk, takkan terus tidur kot? Rugilah masa yang terluang kalau tak diisi dengan perkara yang bermanfaat?

via GIPHY

Siapa suka tidur lepas balik sekolah sampai malam? Korang tak rasa ke badan jadi lagi penat bila waktu malam? Seeloknya lepas balik sekolah, buatlah aktiviti yang bermanfaat, at least taklah terbuang saja masa lapang yang ada. Tak tahu apa aktiviti yang produktif boleh dibuat lepas balik sekolah? It’s okay, Ainaa dah list untuk korang, antaranya ialah…

BUAT KERJA SEKOLAH

Image result for do homework tumblr
www.tumblr.com

Ya teman-teman, buat kerja sekolah adalah benda yang bermafaat korang boleh buat.. Hehe! Just imagine kalau sampai dekat rumah, korang mandi dan makan then terus buat kerja sekolah. Malam nanti tak payah dah nak kena siapkan kerja sekolah, boleh buat benda lain. Nak layan drama tiga atau empat episod pun boleh sebab ada masa terluang, kerja sekolah dah siap. Esoknya tinggal hantar terus dekat cikgu saja, haha! Nanti dekat sekolah, kawan-kawan terkial-kial nak siapkan kerja tapi korang dah siap awal. Nanti mesti ada yang nak tiru homework korang.

KEMAS RUMAH

Image result for kemas rumah
www.hmetro.com.my

Tunggu weekend baru nak tolong mak kemas rumah? Kalau macam itu seminggu rumah atau bilik korang bersepah? Kesian mak korang hari-hari kena kemas rumah sorang-sorang. Why not sekali sekala balik sekolah korang siapkan diri dan kemas rumah sekali. Tak kisahlah kalau rumah tak bersepah sekali pun, kemas saja apa yang patut. Susun pinggan, cuci kipas, mop rumah, cuci bilik air, kemas dapur or anything else yang boleh meringankan beban mak dekat rumah. Itu kalau mak korang ialah suri rumah, kalau dia kerja takkan nak biar dia seorang saja yang kemas rumah? Tak salah pun kalau korang tolong kemas, at least dapatlah ringankan beban mak, dia pun bertambah sayang dekat korang nanti.

MANJAKAN DIRI

Image result for aesthetic room
www.tumblr.com

Dekat sekolah sehari suntuk penat berpeluh sebab buat macam-macam aktiviti. Tak ke korang rasa nak manjakan diri atau spend masa sekejap dengan diri sendiri? Contohnya korang spend time dekat bilik dengan cara pasang lilin wangian, baca novel sambil minum kopi atau duduk dengar lagu favorite sampai petang. Tapi jangan sampai tak makan pula ya semata-mata sebab nak spend time dengan diri sendiri. Or else korang pun boleh je kemas bilik, alihkan perabut bagi lagi cantik supaya korang sendiri rasa happy bila duduk dalam bilik. Buang segala macam benda yang dah tak berkenaan supaya ada banyak lagi space dekat dalam bilik taklah semak dengan barang yang tak digunakan lagi. Tukar position katil dekat dengan tingkap supaya setiap petang korang boleh selfie ‘dicium oleh matahari’ dan post dekat Instagram! Haha!

TIDUR DAN BERSUKAN

via GIPHY

Tidur ialah satu terapi yang paling disukai oleh semua orang, termasuk Ainaa sekali, hehe! Just make sure before tidur korang semua dah bersihkan diri dan makan dulu, jangan terus tidur nanti badan rasa tak selesa pula. Jangan pula korang bantai tidur sampai Maghrib ya, before Asar bangun. Tak elok tidur sampai Asar sebab nanti kepala akan rasa berat dan pening-pening. Pernah dengar tak orang tua-tua kata jangan tidur lepas Asar sebab nanti boleh jadi gila? Haa, kalau nak tahu betul atau tak, korang try buat, haha! Kira take short nap la before pergi beriadah atau bersukan pada waktu petang. So that malam nanti badan akan rasa segar dan korang boleh siapkan kerja sekolah or study dengan selesa. Lagi elok kalau petang tu korang bersukan sikit, biar peluh keluar dari badan supaya badan kekal sihat.

Dalam banyak-banyak aktiviti ini, Ainaa paling suka yang tidur saja, hehe! Since sekarang ini tengah musim SPM, korang semua bolehlah praktikkan aktiviti ini. At least badan korang akan rasa segar dan memudahkan diri sendiri untuk study extra waktu malam! Good luck pada semua calon SPM 2019! Semoga korang semua dapat jawab exam dengan sebaiknya!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perlu Ada Akaun Kedua Di Media Sosial Sebab…

Betul Ke Selalu Selfie ‘Dicium Matahari’ Boleh Jadi Buta?