in ,

Lelaki Wajib Baca Ini Kalau Nak Jadi Macam ‘Dilan’

Sumber gambar: www.radarbanten.co.id

Dilan 1990, Dilan 1991 dan sekarang ini pula Milea Suara dari Dilan pula yang keluar tayangan. Filem ini memang selalu ditunggu-tunggu ramai orang sebab jalan ceritanya yang sederhana, simple dan menarik. Apa yang selalu orang nantikan ketika menonton filem bersiri Dilan ini adalah watak utama Dilan itu sendiri sebab ia menjadi pujaan ramai perempuan diluar sana. Bukan setakat itu sahaja, ramai juga penonton lelaki yang tertarik dengan watak Dilan itu sendiri juga kerana Dilan nampak sangat sempoi dan cool. Jadi untuk korang lelaki yang nak jadi macam Dilan, korang boleh cuba beberapa perangai Dilan yang best ini sebab mungkin selepas ini korang mungkin akan ada ramai peminat.

SAYANG KELUARGA

Sumber gambar: woop

Korang ingat geng motor ini hati mereka keras ke? Walaupun dalam geng motor Dilan ini mereka selalu bergaduh sebab backup kawan. Dilan memang sangat rapat dengan keluarganya tau. Kalau apa-apa, dia selalu minta doa ibu dan ayahnya. Bukan setakat itu sahaja, Dilan juga sangat mendengar cakap mak dan ayah dia, walaupun terpaksa duduk dalam penjara sebab buat kesalahan. Dilan juga sangat sayang dengan adiknya Disa, siap pernah tulis “Adik, jangan pergi jauh-jauh. Kan ada darahku di darahmu”. Aww Dilan!

SETIA PADA KAWAN

Sumber gambar: mata mata

Kalau korang tonton filem Dilan ini, mesti korang perasan ada satu babak yang mana kawan baik Dilan, Akew meninggal sebab diserang oleh orang yang tidak diketahui. Disebabkan hal itu, Dilan jadi sangat marah dan sampai sanggup nak balas dendam. Dilan juga adalah orang yang sangat sanggup lakukan apa sahaja demi kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, kerana hal ini juga, ramai yang salah faham dengan geng motor termasuklah Milea, girlfriend Dilan sendiri yang selalu ingat geng motor ini adalah budak nakal.

SENTIASA BERI JAMINAN

Sumber gambar: bm cari

Apa yang bagusnya Dilan ini adalah dia selalu beri jaminan dengan apa yang dia selalu ucapkan sebab bagi Dilan kalau sesuatu benda itu tiada jaminan, maknanya benda itu tidak penting lah. Oleh sebba itu juga, Dilan siap pernah kata pada Milea, “Jangan bilang ke aku ada yang menyakitimu. Nanti besoknya orang itu akan hilang”. Jadi, Dilan ini memang buat betul-betul tau sebab waktu BFF Dilan, Anhar tampar Milea pun dia siap bergaduh dengan BFF dia tau. Woah!

PANDAI BERMAIN BAHASA

Sumber gambar: the jakarta post

Dilan ini sebenarnya adalah lelaki biasa sahaja, akan tetapi dia ini adalah orang yang sangat pandai bermain bahasa dan selalu sahaja buatkan orang lain suka dengan kata-katanya termasuklah Milea. Dia juga sangat pandai buat pick up line yang boleh buatkan hati para wanita terciduk dengan ayat manis Dilan sebagai contoh, “Jangan rindu. Berat. Kau enggak akan kuat. Biar aku aja”. Bukan setakat itu sahaja, “Milea, kamu cantik. Tapi, aku belum mencintaimu. Enggak tahu kalau sore. Tunggu aja” atau, “Aku tidak ingin mengekangmu. Terserah! Bebas ke mana engkau pergi! Asal aku ikut”. Memang sangat simple dan nampak sederhana tapi mampu buatkan perut korang ada butterfly kan? Hehe!

SELALU “OUT OF THE BOX”

Sumber gambar: 99

Kalau Dilan bukan jadi watak utama, mesti korang ingat dia cuma budak nakal yang kurang berprestasi di sekolah. Don’t judge a book by it’s cover, sebab Dilan ini selalu berfikiran out of the box tau. Pola pemikiran dia memang sangat luar biasa sebab dalam novel asal, sebenarnya Dilan ini siap cikgu minta dia jadi wakil kelas untuk peperiksaan ‘cerdas cermat’ tapi sayangnya dia sengaja buat-buat salah dan sengaja mengalah.

Jadi, korang yang lelaki ini dah tahu kan kenapa ramai sangat perempuan yang suka sangat dengan watak Dilan ini? Selain muka Dilan yang comel dan slumber itu, sikap dan perangainya yang bersahaja itu memang sangat digemari ramai perempuan. Mungkin korang yang lelaki pun boleh cuba semua perangai Dilan ini kalau nak dekat dengan crush? Cuba lah practice depan cermin ke apa. Kalau susah sangat, jadi diri sendiri pun okay saja! Hehe!

What do you think?

23 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply to Nurnina binti julius Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Sasaeng Paling Terkenal Dalam Dunia K-Pop

Pilihan Warna Tudung Untuk Nampak Lebih Cantik