in ,

Lelaki Suka Yang Bertudung Atau Tidak?

Sumber gambar: limaumanis.com

Sekarang ini, kita selalu tengok ramai perempuan yang bertudung dijadikan pujaan hati lelaki di negara kita. Dah macam satu trend pula, padahal sebelum ini jarang-jarang sahaja berlaku. Eh tapi bukan nak cakap perempuan yang tidak bertudung ini tidak dipandang langsung. Ia tergantung juga pada citarasa masing-masing. Jadi apa kata kita dengar apa yang boys squad punya pandangan, mereka ini suka perempuan yang bertudung ke atau sebaliknya?

Saya lebih suka yang bertudung sebab pada pendapat saya, macam kurang elok jika rambut perempuan lebih lagi kalau dia muslim tidak bertudung. Selain dari itu, bagi saya tudung ini juga dapat menjaga maruah perempuan juga dan bukan saya nak kata perempuan tidak bertudung ini tiada maruah tetapi di mata saya yang bertudung nampak lebih cantik berbanding yang free hair. Kalau kita tengok pendekatan lain, Mira Filzah adalah ikon yang selalu dijadikan girl crush untuk lelaki di negara ini. Biasanya mereka juga lebih sopan dan lembut. -Putra-

Sumber gambar: Putra

Bagi saya, perempuan bertudung juga akan tetap menjadi pilihan hati saya sebab sekurangnya mereka ada asas agama dan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk masa depan sebab kita dah tak perlu suruh dia bertudung lagi. Selain dari itu, mereka juga adalah contoh teladan yang baik dari segi pemakaian. -Hud-

Sumber gambar: Hud

Saya rasa tidak kisahlah sama ada perempuan itu bertudung atau tidak sebab kita kena tengok personaliti dan hati nurani seseorang itu juga. Ini sebab kadang-kadang ada saja yang free hair tetapi attitude dia lebih okay berbanding yang bertudung. Walau bagaimanapun saya lebih prefer yang bertudung sebab mereka ini nampak lebih ayu sopan dan perempuan yang free hair ini nampak lebih out-standing. -Syahmi-

Sumber gambar: Syahmi

Berdasarkan saya, perempuan yang memakai tudung lagi indah dipandang serta menyejukkan mata. Kita sendiri tahu bahawa menutup aurat ni wajib untuk umat islam. Islam memaksa kita untuk menutup aurat supaya kita dapat menjauhkan diri daripada fitnah serta mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tak diinginkan. Tambahan pula, tidak semestinya orang yang memakai tudung merupakan orang yang baik dan tidak pula orang yang tidak memakai tudung merupakan orang yang jahat. Bak kata pepatah mat salleh ‘don’t judge a book by its cover’. Tetapi yang indah dipandang adalah yang memakai tudung. Sekian daripada saya. Assalamualaikum. -Shamsul-

Sumber gambar: Shamsul

Woah! Kebanyakan dari mereka memang suka perempuan yang bertudung sebab mereka nampak lebih lembut dan sopan tetapi mereka tak kata pun yang perempuan tidak bertudung ini kasar atau sebaliknya. Yang tidak bertudung korang janganlah sedih sangat ya! Just be yourself! Kalau dah tiba masanya nanti korang pasti akan bertudung juga, betul tak? Dan korang pun semuanya memang cantik dan sopan tak kisah sama ada bertudung atau tidak as long korang masih lagi insan yang bernama perempuan. Dan betul bak kata salah seorang dari mereka yang kita tak boleh judge a book by its coverjudge a book by its cover!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Move On Dari Crush Bila Kena Reject

Senarai Barang Sekolah Yang Boleh Guna Semula