in ,

Lelaki Rambut Panjang Nampak Lebih Hot?!

Mentang-mentang lah sekarang ramai hero drama dan filem rambut panjang macam Ben Amir, Noh Salleh, Beto Khusyairi, Jason Momoa dan lain-lain, suka betul awak girls kan? Sampai beria teruja dengan rambut dorang, padahal rambut korang lagi cantik dari mereka. Haha! Okay lah meh sini Zoe bagitahu kenapa awak girls excited sangat dengan lelaki yang mempunyai rambut panjang ini.

JARANG BERLAKU

Sumber gambar:

Ini sebab selalunya kita nampak lelaki berambut pendek dan amat rare untuk tengok mereka berambut panjang. Di sekolah dan tempat kerja biasanya perlu berambut pendek, oleh sebab itu kalau awak semua perasan, kebanyakan lelaki akan simpan rambut panjang sewaktu korang masuk belajar di universiti nanti.

LEBIH LEMBUT

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang juga, kebanyakan lelaki yang rambutnya panjang memang pandai jaga rambut. Kebanyakan lelaki walaupun tak semua, dorang suka main bedal saja syampu apa nak pakai dan sebab itu rambut dorang kasar. Tapi bila dorang berambut panjang, memang mereka akan jaga rambut kaw-kaw dan ada yang rambutnya lebih lembut dan licin daripada awak semua yang perempuan ini tau. Hehe!

BOLEH MAIN

Sumber gambar:

Selalunya tangan perempuan ini memang gatal tau nak tonjolkan kreativiti dia dekat mana saja. Jadi kadang-kadang bila bosan tak ada buat apa, ada kawan yang pakai tudung dan kawan yang tak pakai pun tak suka rambut dia diikat. Jadi mangsanya adalah kawan lelaki yang berambut panjang yang mana korang boleh main tocangkan lah, ikat gaya A lah, gaya B lah dan macam-macam lagi. Macam-macam tau korang ini! 

NAMPAK SEGAK

Sumber gambar:

Sebab memang dorang nampak hensem waktu ini! Tiba-tiba macam ada attraction seperti magnet yang menarik mata korang untuk tidak melepaskan peluang rasa diri mereka yang berambut panjang ini hensem. Tapi ini depends mata korang juga lah, sebab ada saja yang rasa lelaki rambut panjang ini messy dan nampak busuk saja padahal tak pun. LOL!

So, betul ke apa yang Zoe cakap tu #Lunagirls? Betulkan? Apa lagi? Lepas ini suruh lah abang, adik dan kawan lelaki korang simpan rambut panjang. Mana tahu dorang nampak cool sangat bila rambut panjang nanti, bolehlah korang tocangkan rambut dia. Hehe

What do you think?

-15 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Camila Cabello Anggap Social Media Salah Satu Toksik!

Pakaian Ketat Boleh Buat Badan Berubah Bentuk