in ,

Lelaki Pilih Personaliti VS Rupa, Boleh Ke Bercinta Waktu Sekolah?

Kita sebagai perempuan curious kebanyakan lelaki sebenarnya pandang apa pada seseorang perempuan kan? Mereka suka rupa sahaja ke? Atau judge kita melalui personaliti? Zoe buat satu kajian random dengan beberapa lelaki malaya. Okay jom kita tengok pandangan boys yang sebenar untuk tengok apa pada perempuan kalau nak bercinta dan kita tengok juga apa sebenarnya pandangan mereka tentang percintaan zaman sekolah..

Sumber gambar:

Bagi saya, rupa mestilah sedap mata memandang! Haha! Baru disusuli dengan personaliti yang perlu seiring dengan rupa. Kalau rupa saja tapi personaliti tak best tak on juga tapi kalau rupa biasa saja dan personaliti best tak apa sebab rupa boleh adjust. Hehe! Bagi korang yang nak bercinta time sekolah, apa kata korang tukar konsep dengan kawan dulu? Dari situ baru kita tahu personaliti mereka macam mana sebab kalau baru kenal terus approach bercinta kita tak tahu dia fake ke tidak. –cengkung.kacak

Sumber gambar:

Lebih kepada personaliti sebab kalau ada personaliti dan rupa itu kira bonuslah.  Sebab bagi saya, personaliti ini melambangkan siapa diri kita dan saya lebih suka perempuan yang sempoi dan steady, dan boleh sekepala dengan saya. Selain itu, tak terlalu manja dan gedik. Kurang minat perempuan yang everytime nak kena jaga hati dan perasaan dia. Macam korang kalau tak bersedia nak bercinta, tak bersedia untuk dilukai, lebih baik utamakan pelajaran atau buat perkara yang kita suka.-yenyot

Sumber gambar:

Sejujurnya sekarang ini bergantung kepada seseorang itu untuk memilih. Tapi tak bermaksud perempuan boleh selekeh. Rupa itu sememangnya yang pertama sebab lumrah manusia, cukup sedap mata memandang pun dah memadai. Selain itu, personaliti pun penting sebab ia cerminan diri seseorang itu. Zaman sekolah pun memang seronok bercinta tapi apa yang penting batas kena jaga. Jangan cari pasangan yang boleh buat kita makin teruk. Tapi pilih la yang boleh bantu kita untuk sama-sama berjaya. –amnchq

Sumber gambar:

Bagi saya personaliti 60%, rupa 40% sebab melalui pengalaman saya sendiri yang saya nampak personaliti sebab dulu saya suka seorang perempuan dia rupa biasa sahaja tapi saya minat sebab personalitinya. Rupa penting juga sebab kalau dia terlalu macam monster dan tak jaga diri pun susah juga. Saya tak percaya sangat tentang cinta monyet sebab ada saja yang rezeki dari sekolah rendah sampai akhir hayat dia boleh bersama dan ada juga sebaliknya. Dan waktu sekolah pun selalunya saya lebih banyak crush pada perempuan tapi dorang friendzone saja haha! Sedih sikit lah. Tak salah pun nak bercinta tapi kena ada batas dan tahu baik buruk untuk diri sendiri. –salam_boy99

Sumber gambar:

Well as a guy… of course beauty is the first thing kita akan impress tapi rupa itu satu subjektif sebab itu kita senang suka. Tapi kalau kita nak kenal betul dan rasa macam nak ada future yang baik dengan dia of course personaliti penting bagi saya. Sebab rupa akan berubah bila kita tua nanti sebab itu kalau dia ada personaliti yang best, ia adalah sesuatu yang attractive bagi saya. Untuk kawan yang nak bercinta dulu, baik korang study dulu lah! Haha! Takde lah! Boleh saja kalau nak bercinta tapi korang kena tahu asingkan hal mana yang penting dan patut korang dahulukan dan jangan sampai benda itu beri kesan pada pembelajaran, tak dengar cakap parents dan lain-lain.-adamfaizal_

See? Mereka tak judge based on rupa awak sahaja… dorang pun lebih prefer perempuan dengan personaliti yang terbaik sebab iya lah kalau cantik bak bidadari tapi perangai entah apa-apa pun turn off juga. Selain itu, selalunya kita ingat lelaki bercinta waktu sekolah itu kebanyakan main-main kan? Sekarang kita dapat tahu yang sebenarnya ada saja yang serious dan tak main-main. Jadi #Lunagirls don’t worry juga okay! Ada saja yang sebenarnya serious. Hehe!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Elak Senggugut Tanpa Ubat!

Super Junior Ada Lagu Baru ‘Hmm I Think I…’