in ,

Lelaki Kaya, Perempuan Sederhana? #DramaSangat

Sumber gambar: https://www.usmagazine.com

#Lunagirls suka tak tengok drama? Tak kisahlah drama melayu, sinetron, korea ke, asalkan drama? Perasan tak dalam kebanyakan drama ini ada…

Kalau awak semua suka tengok drama perasan tak kebanyakan jalan cerita selalunya watak lelaki itu kaya sangat lepas itu perempuan itu mesti hidup dia sederhana atau kurang berkemampuan? Hmm, cliche sangat kan? Haha! Korang pernah tak terfikir kenapa kebanyakan pengarah suka sangat buat cerita begitu? Semua mesti ada sebab kan tapi entahlah pengarah dan penulis skrip saja yang lebih memahami drama yang mereka buat untuk para penonton.

Sumber gambar:

Selepas itu, selalunya kedua watak hero dan heroin ini akan selalu bergaduh mulut awal-awal, tak pun perempuan selalu kena buli dengan hero dan lama-lama mereka akan jatuh cinta kerana saling memerlukan satu sama lain. Wow! Sweet sangat! Hahaha lepas itu baru lah mula konflik antara keluarga dua belah pihak lah apa lah. Memang drama sangat weh! Lama-lama macam cringe pun ada. Haha!

via GIPHY

Okaylah, siapa yang jenis terlalu banyak berfikir kenapa itu, kenapa ini, Zoe cadangkan lebih baik kita fikir apa moral of the story daripada setiap drama. Apa yang Zoe cakap ini bukan saja fokus drama genre romantik saja tau sebab dalam setiap genre drama seperti komedi, seram, suspen dan lain-lain memang akan ada part sweet dari hero dan heroin cerita itu, walaupun benda itu cuma small part sahaja.

Sumber gambar:

Kemudian, Zoe rasa ia akan lebih unik kalau korang fikir tentang nilai estetik dalam drama itu. Contohnya, kenapa selalunya baju hero dan heroin akan sama warna atau pun warna dorang ada kombinasi yang serasi? Mesti ada maknanya tersendiri. Ini kalau korang perasan juga lah kan, kadang-kadang kenapa warna baju watak kameo sama dengan hero dan heroin? Hello, awak ingat pengarah dan stylist itu saja-saja ke main bagi saja pelakon itu pakai apa-apa. FYI, semua itu ada makna tersendiri tau. 

via GIPHY

Ala, Zoe bukan suruh korang semua berfikiran terlalu dalam sampai kena fikir apa motif penerbit terbitkan drama itu. Tapi daripada kita asyik fikir kenapa selalunya watak lelaki kaya, perempuan sederhana itu saja. Why not kita fikir apa yang kita dapat dari drama itu, so nanti bolehlah kita jadikan pedoman untuk kehidupan kita di dunia realiti yang biasa-biasa sahaja ini. Dah nama pun drama ini part of dunia hiburan, jadi ia cuma hiburan kita untuk isi masa rehat gitu…

via GIPHY

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Han-byul Berjaya ‘Pikat Hati’ Gadis-Gadis!

Camila Cabello Anggap Social Media Salah Satu Toksik!