in ,

Lee Min Ho Dikatakan ‘Extra Hot’ Dalam The King : Eternal Monarch

Sumber gambar: www.monstersandcritics.com

Yass! Ada K-Drama baru tak lama lagi.. Oppa fav Lee Min Ho jadi hero memang wajib tengok!

Ramai K-drama lover tak sabar nak tunggu drama baru The King: Eternal Monarch! Drama ini ditulis oleh penulis skrip tersohor, Kim Eun Sook! Dia adalah penulis drama high rating seperti Goblin, Descendants of the Sun, dan Mr. Sunshine.  Kalau korang nak tahu ini merupakan penampilan pertama Lee Min Ho kembali berlakon selepas habis berkhidmat dengan ketenteraan.

Korang boleh nantikan drama ini di Netflix. Baru-baru ini, Netflix dan SBS ada keluarkan gambar oppa Lee Min Ho tunggang kuda putih siap pakai baju maharaja. Handsome terox ya girls! Gambar-gambar tersebut dipercayai diambil di lokasi penggambaran yang terletak di hutan buluh Ahopsan, Gijang-gun, Busan. Rata-rata netizen  puji gaya ditunjukkan oleh Lee Min Ho di dalam gambar-gambar yang disertakan itu, yang mana persis bak putera idaman mereka. Mana tidaknya, dah hampir dua tahun kita tak nampak oppa berlakon mestilah rindu!

Sumber gambar: Hellokpop

Dalam drama ini, Lee Min Ho bawa watak sebagai maharaja Yigon yang terpaksa gaduh dengan musuh politiknya daripada kerabat yang sama, iaitu Lee Jung Jin. Untuk korang yang minat drama bertemakan sejarah, romantik dan fantasi, drama ini kena ada dalam senarai korang! The King : Eternal Monarch ialah sebuah drama berkonsepkan dua dimensi dunia yang berbeza  antara Republik Korea dan juga negara dengan sistem monarki berpelembagaan. Dikatakan maharaja Yigon menjualkan dirinya kepada syaitan untuk kekal berkuasa. Selepas itu, syaitan tersebut membuka dunia dari dimensi yang berbeza dan Yigon akan menyelinap masuk ke dunia dimensinya untuk menyamar dirinya yang lagi satu dan di sana, oppa Lee Min Ho bertemu dengan Luna, lakonan Kim Go Eun, seorang detektif daripada dunia dimensi yang asal. Bila tengok Kim Go Eun terus teringat Goblin! Fuhh, sis masih terkesan dengan drama Goblin ya..

Sumber gambar: ibtimes.sg

Makin tak sabar nak tengok drama ini! Kali terakhir Lee Min Ho berlakon ialah dalam drama Legend of the Blue Sea pada 2016 lalu. Korang dah tengok drama Legend of the Blue Sea? Kalau belum, korang harus layan sekarang sebab drama tersebut sangat sweet boleh tercyduk hatimu! Berbeza wataknya dalam drama terakhirnya, kali ini Lee Min Ho bawa watak seorang yang pendiam, sensitif dan benci jika ada orang lain yang menyentuhnya. Amboi, garang oppa kita!

Khas untuk peminat setia Lee Min Ho, jangan lupa get ready untuk tahan mata, jiwa dan perasaaan korang untuk drama ini! Tapi untuk geng pelajar sekolah, make sure siapkan dulu homework sebelum mula layan drama okay.. Nanti kalau dah mula layan, agak susah sikit nak tahan godaan drama nak tengok dan tekan next episode, next episode and next episode! Opss! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Face Mask Untuk Elak Kulit Berminyak

Kelebihan ‘Cuti Sekolah’ PKP Dilanjutkan