in ,

LED Toilet Bowl Untuk Senangkan Aim? Pelik Betul!

Sumber gambar: http://www.gadgetify.com/glowing-toilet-seat/

Baru pegang air sekejap dah tertumpah, kunci rumah selalu tercicir, phone lupa letak dekat mana. Haihh.. Banyak lagi la kejadian yang tak sepatutnya terjadi. Tapi kalau ada benda-benda pelik yang memudahkan hidup kita, mesti lagi senang. Nak tahu apa benda pelik yang boleh buat hidup kita lebih mudah? Okay, check it out dekat bawah ni~

ROBOTIC VACUUM CLEANER

Sumber gambar: https://9to5mac.com/2018/09/06/roomba-980/

Setiap minggu mak suruh kita kemas rumah, mop lantai, sapu sampah dan banyak lagi kan? Tapi sebenarnya korang boleh mudahkan kerja tu dengan hanya gunakan robotic vacuum ni! Vacuum ni pun boleh dikawal guna apps je. Lepas ni tak ada alasan malas tolong mak kemas rumah dah! Hehe

BLUETOOTH KEY

Sumber gambar: http://www.focusmalaysia.my/All/tag-la-raises-rm-755k-funding-via-crowdplus-asia

Kunci rumah atau kunci locker selalu hilang? Okay korang memang perlukan bluetooth key ni untuk cari semula kunci yang hilang tu. Korang just perlu jadikan TAG LA as one of your keychain untuk detect location kunci tersebut. Tapi jangan lupa pula download apps TAG LA dekat phone dan dengan mudahnya korang boleh detect location kunci tersebut.

MINI PHONE BATTERY

Sumber gambar: https://inhabitat.com/revolutionary-recycled-cardboard-mini-batteries-can-charge-your-phone-in-a-hurry/

Tak ramai yang familiar dengan mini phone battery ni maybe sebab tak dapat sambutan kot. Bagi Ainaa benda ni agak pelik, tapi mungkin berguna juga untuk kita. Ye la, tak payah nak bawa power bank besar gedabak tu, cucuk je mini phone battery ni terus battery full.

TOILET GLOW IN THE DARK

Sumber gambar: https://sea.banggood.com/Motion-Activated-Toilet-Night-Light-Bowl-Bathroom-LED-8-Color-Lamp-Sensor-Lights-p-1114824.html?cur_warehouse=CN

Toilet bowl LED light keluaran GlowBowl ni direka khas untuk kanak-kanak sebab diorang kan takut nak gunakan toilet bowl, maybe dengan cara tu diorang akan lebih berani. Tapi orang dewasa pun boleh juga pakai toilet bowl macam tu, supaya tak bersepah bila guna toilet. Haha!

So far ni je benda pelik yang Ainaa jumpa. Korang ada jumpa benda pelik lain yang berguna untuk memudahkan kehidupan kita? Kalau ada komen dekat bawah ni okay~

 

 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Jadi YouTuber, Tapi Fail?

Life Hacks Merapu Tapi Berkesan?